Apa itu Bokeh?

4749084293 f9c941a49e Apa itu Bokeh?

Apa itu Bokeh?

First of all, bokeh tiada kaitan langsung dengan bongek..hehe. Bokeh berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud kabur atau ‘blur’. Dalam fotografi kita kenali sebagai Out Of Focus (OOF). Bokeh yang kena pada tempatnya boleh menjadi unsur “WoW” pada sesuatu gambar. Ada 2 cara untuk menghasilkan bokeh iaitu;

  1. Gunakan aperture yang rendah ( f1.8, f2.8 ).
  2. Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.

Kepentingan Bokeh

Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah, berbokeh-bokeh..hehe..

#1

4749030451 64462b5513 Apa itu Bokeh?

#2

4749673128 92dfedbcb2 Apa itu Bokeh?

#3

4749029829 ba11cfafe6 Apa itu Bokeh?

#4

4749672306 3307dece3a Apa itu Bokeh?

#5

4749028971 951876d738 Apa itu Bokeh?

#6

4749028755 db07634a36 Apa itu Bokeh?

#7

4749028477 83f9649cfb Apa itu Bokeh?

#8

4749028285 025a81b57c Apa itu Bokeh?

#9

4749670882 10584493f7 Apa itu Bokeh?

#10

4749670700 cc5aa795df Apa itu Bokeh?

So lepas ni korang boleh la cuba bokehkan apa yang boleh dibokeh..senang je kan? Siapa-siapa yang tak tau lagi cara nak dapatkan bokeh ni, meh aku ajar ckit. Kat kamera korang tu, tukar mode ke Aperture Priority (A), pastu turunkan F number ke nilai yang paling kecik, pastu snap. Dapat tak? Kalau dah dapat bokeh tu, korang bolehla try ambik creative bokeh seperti gambar di bawah.

4750563262 d2a87cabd8 Apa itu Bokeh?

Kalau korang nak tau macam mana nak hasilkan bokeh love macam kat atas, tunggu entri seterusnya. Bukan saja bokeh love, korang nak buat bokeh kambing pun boleh…hehe.. So follow atau subscribe blog aku ni, nak lagi best tekan je Ctrl + D.. 20x20 hell boy Apa itu Bokeh?

Kongsi Artikel Ini

Tiada Entri Yang Berkaitan

27 Comments to “Apa itu Bokeh?”

#1 Posted by tarmizishukri (24 July, 2010 at 1:05 pm )

ok, wait and see :)

[Reply]

#2 Posted by zai (18 August, 2010 at 12:48 pm )

urm , bokeh ni cme boleh buat gune kmera dslr ke ?

[Reply]

#3 Posted by tarmizishukri (18 August, 2010 at 1:59 pm )

compact pun boleh, tp kena pkai A atau manual Mode… Klu pkai auto ssh nak dpt bokeh :)

[Reply]

#4 Posted by Ahmad Faiz bin Alias (19 August, 2010 at 1:57 am )

sy rase gambar kat atas bukan bokeh kecuali yg creative bokeh tu.. sbb ade dlam forum yg sy bace die kate cth gmbr diatas dipanggil DOF.. kalu bokeh die mesti ade unsur cahaya bulat2 atau hexagon pada blurry image kite tu.. tp untuk cretive bokeh tu mintak cpat2 tunjuk ajar yer..hehe.. kalau salah betoln balik yup..
http://www.forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=19&t=3161&start=410

[Reply]

#5 Posted by tarmizishukri (19 August, 2010 at 3:23 am )

Mcm ni, DOF tu ada dua, deep DOF dan shallow DOF. Bokeh terhasil daripada shallow DOF. So kedua2 ni bnda yang sama. Tak semestinya kena ada cahaya yang bulat2, sbb bokeh bermaksud “the pleasing quality of the out of focus areas of an image produced by a lens”. Boleh rujuk kat http://desizntech.info/2009/06/70-amazing-bokeh-photography-wallpapers-and-tutorials/ atau pegi ke Digital Photography School.

[Reply]

#6 Posted by haziq (26 November, 2010 at 8:09 am )

leh tnyer sikit tak, nak buat bokeh ni kalau pakai kit lens boleh tak??

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 26th, 2010:

apa-apa lens pun boleh. kalau kitlens, turunkan F number sekecik yang boleh, dah zoom pada subjek.

#7 Posted by haziq (26 November, 2010 at 10:29 pm )

owh..trimas banyak-banyak..jap satu lagi bro, aper tu Shutter actuation??

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 27th, 2010:

Shutter actuation tu jangka hayat shutter. Biasanya jangka hayat dslr sehingga 100 000 – 150 000 shutter actuation. Maksudnya lepas 100 000 kali snap, shutter tu kena tukar. Nama lain bagi shutter actuation ialah shutter count.

#8 Posted by Pemenang Projek FotoChantek 2011 Bulan Januari | TarmiziShukri's Blog (1 February, 2011 at 1:07 am )

[...] FotoChantek 2011″. Seperti mana yang korang tau, tema pada bulan Januari  ialah “Bokeh”. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan projek dan bukannya kontest. Kenapa projek? Sebab aku nak [...]

#9 Posted by rizz (25 February, 2011 at 11:31 am )

bro..aku da try nk wat..tapi tak jadi la..kene pkai mode ape eyh ? AF kew M ?
klw da trunkan f smpai kecil kan..cmne lak dgn iso ? and aperture ? *tunjuk ajar diperlukan..heheh
Entri Terkini rizz – 02022011My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 26th, 2011:

AF & M? Tu fokus mode kan? fokus mode pakai Auto je. Yang penting aperture & focal length. Try pakai A mode, turunkan aperture serendah yang boleh, zoom sampai habis, kalau exposure tak ckup, naikkan iso, pastu snap.. tengok hasil macam mana ;)

#10 Posted by deewood (6 March, 2011 at 12:00 am )

bro..snap utk waktu malam agak ada ksusahan skit…kdg2 smpai brkilat muka akak2 dek panahan flash..background langsung tak nmpak,trpksa la pakai mode auto(mak aku pun pandai..)..sbgai cntoh dalam dewan,hya subjek yg menonjol,(seolah2 mcm dalam gua daa…)harap2 entri akan datang sudilah kiranya ulas,ajar beri panduan utk snap waktu malam yg chantek!! terima kasih..

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 6th, 2011:

pakai built-in flash @ external flash?

#11 Posted by luncai (9 March, 2011 at 2:34 pm )

nak tanya sikit bro..

saya pkai nikon D3100 dgn kitlens 18-55mm..tapi kenapa bila nak buat bokeh tak jadi yea..bole bagitau setting yang terbaik tak. sy guna AF-S,metering matrix

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 9th, 2011:

rasanya dah cakap kat atas tu, turunkan aperture serendah yg boleh, tu je.. AF-S & metering tak mempengaruhi bokeh.. cuba lagi.. :)

#12 Posted by haziq (2 April, 2011 at 8:24 am )

luncai : 1) tukar ker manual focus
2) zoom sampai ker 55mm
3) pusingkan tmpat mngawal focus tuh ke kiri

betulkan bro tarmizi ????

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 2nd, 2011:

part zoom 55mm tu btul, manual focus pun digalakkan, tp mata kena tajam.. lagi satu nilai aperture kena sekecik yang boleh, klu kitlens biasanya f3.5.. ;)

#13 Posted by fatin (28 January, 2012 at 11:41 pm )

sangat suka ini blog hehe..slalu klau nk cri sesuatu yg kita wonder just taip tarmizi shukri n search ehehehe..thanks mizi..^_^ the best blogger..

[Reply]

#14 Posted by TarmiziShukri (29 January, 2012 at 3:40 pm )

hehe.. terima kasih sbb sudi singgah.. akan cuba kongsi tips2 terbaik selepas ni ;)

[Reply]

#15 Posted by Ikan Biru Photo (10 February, 2012 at 9:06 pm )

sempoi bro…tQ2..sy dh try n error..mmg jd.. TERBAEKK!!! Ctrl D terus!! 8)

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 11th, 2012:

hehe.. thanks :)

#16 Posted by ila (28 February, 2012 at 12:30 pm )

salam..saya pakai canon eos 550d..nk guna mode pe ek?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 29th, 2012:

guna mode apa? soalan kurang jelas..

#17 Posted by ila (2 March, 2012 at 9:26 pm )

mode macam auto ke..
av ke..
a-dep ke..
sbb dah cuba wat bokeh ni..tapi xjadi..

[Reply]

#18 Posted by mohamad zaini (21 April, 2012 at 2:57 pm )

bagusla blog kau ni mizi tq very much aku suka blog kau ni banyakboleh blaja

[Reply]

#19 Posted by zoljb (15 May, 2012 at 4:34 pm )

sy pakai nikon FM10… Boleh tuan tunjuk setting terbaik?

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: