Nampaknya perang browser bermula lagi. So far aku dah cuba versi Beta Firefox 4 dan beberapa hari lepas tergerak hati nak cuba Internet Explorer 9. So far so good. Nampaknya team IE9 telah membuat perubahan yang agak besar dalam versi kali ni. Antara yang menarik ialah interface yang sangat simple, so nampak luas dan tak serabut kalau korang view sesuatu website. Secara jujurnya, walaupun aku ni pengguna setia Firefox, tapi aku lebih suka interface IE9 berbanding Firefox 4.
Bagi korang yang pernah pakai versi IE yang sebelum ni, korang akan perasan IE9 ni lebih laju daripada versi yang sebelumnya. Mungkin versi penuh IE nanti boleh tandingi kelajuan Google Chrome, siapa tau kan? Sebenarnya banyak lagilah peningkatan yang dilakukan kat IE9 ni. Aku just nak share apa yang patut tau je, kalau aku cerita pasal rendering atau yang terlalu teknikal, nanti korang tak faham pulak & buang masa aku je menaip.. hehe. Tapi kalau nak tau jugak, korang boleh usha kat sini, sini dan sini.
Setakat ni kelemahan yang aku dapat kesan pada IE9 ialah masa install yang lama berbanding browser lain. Pastu korang kena restart pulak lepas install tu, biasanya lepas install browser pakai terus. Bagi blogger pulak, macam biasalah, blog korang akan cacat sana sini bila pakai IE.
Apa-apa pun versi IE kali ni memang banyak peningkatan, kalau tak aku takkan tergerak hati nak test, biasanya IE ni aku guna untuk download Firefox je, sama macam Justkhai..hehe. Cuma yang peliknya kenapalah baru sekarang Microsoft baru nak buat anjakan paradigma kat IE ni, padahal Microsoft mempunyai barisan engineer dan programmer terbaik dunia.
Download IE9:
Download IE9 Beta (Windows 7 32Bit) Download IE9 Beta (Windows 7 64Bit) Download IE9 Beta (Windows Vista 32Bit) Download IE9 Beta (Windows Vista 64Bit)
so far I like Google……..most…
Er, google is a search engine, ie is a browser
google chrome blom support toolbars.btol x?
so far blum..
opera is the best. x berat tp laju. what do u think?
pernah pakai dulu, memang laju, tapi mungkin sebab plugin tak banyak kot. So far chrome paling laju rasanya.