
Selepas sepuluh purnama mengidam (chewahhh..haha), akhirnya dapat jugak aku memiliki ipad2. Yang bestnya aku beli dengan duit dari bisnes fotografi dan website yang aku jalankan kurang setahun melalui label PixelPecah Studio. Kalau beli pakai duit gaji tu, feel dia tak sama dengan beli menggunakan duit hasil bisnes sendiri. Kalau korang pernah kerja makan gaji dan sekarang ni bekerja sendiri, korang tau apa yang “lainnya”.
Dipendekkan cerita, aku beli ipad2 di Macstudio Lowyat. Tapi sebelum aku beli kat Macstudio, aku “tawaf” Lowyat beberapa kali sebab salesman kat Macstudio cakap ipad2 16gb dah habis stok. So aku pegilah ke kedai lain. Tapi yang tak bestnya, setiap kedai “paksa” beli dalam pakej. Kalau diikutkan aku taknak beli pakej sebab confirm diorang akan letak harga melampau.

+ hujan lebat, air naik di sesetengah tempat, sampai Lowyat basah kuyup
Jangkaan aku memang ada asas, rata-rata pakej yang diorang tawarkan RM1750 ke atas. RM250 untuk case + screen protecter, aku rasa harga tu agak tak masuk akal. Kalau beli online, aku rasa dalam RM70 boleh dapat case dan screen protecter.
Lepas habis Lowyat tu aku pusing, aku singgah lagi kat Macstudio sekadar nak bertanya, manalah tau nasib aku baik ada stok sampai. Tanya kat salesman, sorang budak Melayu, jawapan masih sama “stok dah abis”. Pastu tiba-tiba pulak supervisor dia keluar dari stor, cakap stok dah sampai, berbunga-bunga hati aku masa tu, mata bersinar-sinar…haha..
Pastu barulah aku rasa dilayan macam customer sebab kat kedai lain aku dilayan macam sampah, siap kena maki lagi. Siap beli ipad, aku pusing sekali lagi Lowyat sebab nak tunjuk kat salesman-salesman penipu tadi yang aku dah beli ipad2. Memang best tengok muka “menyampah” diorang…

+ balik rumah terus sync segala bagai gambar dan lagu masuk ipad
Lepas tu aku pegi kat satu kedai untuk beli case, awek tu bagi aku rm50 untuk case tersebut.
Kalau korang nak beli tablet, apa-apa tablet sekalipun, aku nasihatkan beli kat dealer rasmi. Beli device sahaja, pastu case dan screen protecter korang beli online, harga jauh lagi murah kalau beli pakej. Tapi kalau korang banyak duit tak hengat, silalah beli kat mana-mana kedai penipu kat Lowyat tu.
Apa-apa pun, memang puas hati dah dapat beli tablet idaman. 2 minggu lebih dah pakai, rasa teratur sikit urusan seharian. Nak tunjuk porfolio dengan klien pun senang, tak perlu nak bawak laptop yang berat atau bawak album fizikal.
Tahun depan mungkin nak angkat Macbook Air sebijik, memandangkan laptop yang ada sekarang dah semput-semput bila edit gambar high resolution. Doakan rezeki aku murah ye..
p/s – rasanya dah boleh tukar header dah kot
Related posts:



maceh bg komen ritu menghargainya cpt2 tukar header hehe



29 Comments to “Aku dan Ipad 2”