
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Salam Eidul Adha kepada semua pembaca TarmiziShukri.Com. So macam mana raya korang. Meriah atau tak? Kalau kat Kuching ni sambutan Eid Mubarak taklah semeriah sambutan Eidulfitri. Lepas solat sunat, tunggu orang sembelih lembu, pastu dah, abis kat situ. Tapi tahun ni meriah sikitlah kot bagi aku sebab dapat berkumpul dengan keluarga sebelah mak. Mungkin sebab dah 4 tahun tak beraya dengan keluar, sebab itu kot aku rasa meriah. Lagipun nak buat doa selamat untuk nenek aku yang sembuh lepas kena strok.
So dipendekkan cerita, lepas makan-makan, ada sesi bergambar. Biasanya buat dalam rumah je, tapi kali ni buat kat luar rumah. Yelah kan, asyik dalam rumah je. Kebetulan kazen aku ada yang dah beli dslr sendiri, jadi ringan sikitlah kerja aku kali ni. Masa shot tu sebenarnya aku takda mood dah, sebab seperti biasa gambar aku takda.
Dipendekkan cerita, semua gambar di bawah aku shot guna lens 50mm. Lens yang memang superb untuk potrait dan yang paling penting aku akan tunjuk sekali gambar yang “rosak”, so kita boleh sama-sama belajar mana yang silap. Lagi satu semua gambar di bawah aku tak edit, sebab nak tunjuk kat korang kenapa kita perlu edit gambar.

Pastikan semua orang tengok pada kamera. Macam gambar ni subjek di sebelah kanan sekali pandang ke arah lain.

Ok, ni baru betul, semua pandang kamera. Tapi subjek di sebelah kiri dan kanan terpotong kaki pulak..hehe.

Boleh kalau nak potong kaki, tapi potong semua sekali macam gambar ni.

Kadang kala foreground memainkan peranan penting.

Kereta kaler pink kat belakang tu kacau daun, sebab warna kereta sama menonjol dengan subjek. Seeloknya edit pakai photoshop warna kereta tu kepada warna yang neutral.

Jangan lupa gambar candid sebab “moment” macam ni sangat mahal.

Subjek kiri pegang handphone, subjek kanan jari macam terpotong. Kalau boleh jangan bagi subjek pegang apa-apa yang boleh mencacatkan gambar. Lainlah nak pegang bunga ke atau objek yang boleh “menceriakan” pose.

Pun sama, subjek (kiri) bawak handphone dan pastikan subjek selesa dengan korang, so subjek akan pandai posing sendiri..hehe..


Ini masalah utama bila guna aperture rendah, dalam kes ni f1.8. Gambar pertama tersilap fokus, sebab tu muka subjek blur dan tangan sharp. Gambar kedua baru betul fokusnya.

Ini salah satu contoh gambar yang boleh dikatakan sempurna. Background tak serabut, sharp dan warna kulit neutral.

Background agak serabut, tapi sebab bokeh, kira selamatlah gambar ni.

Kalau korang ada external flash, cuba buat eksperimentasi dengan kedudukan flash. Pakai wireless mode atau radio trigger, so korang boleh cabut flash dari kamera dan letak kat sudut yang dikehendaki.

Satu gambar, bermacam ekspresi. Itulah candid..hehe..

Sebaiknya kalau buat family potrait, cari dinding yang tak serabut. Macam gambar ni, background serabut.
***
Harap korang dapat tangkap komen-komen aku kat gambar di atas. Ada banyak aspek teknikal yang perlu diambil kira, bukannya just tekan shutter je. Lepas ni mungkin aku akan buat tutorial pasal white balance. Sebab kalau korang perhati kat atas, banyak gambar yang salah dari segi white balance. Apa-apa pun, teruskan menekan shutter, jangan takut buat silap sebab aku pun banyak buat silap seperti yang korang tengok kat atas. Yang penting ada usaha nak meningkatkan kualiti.
Sebenarnya aku baru perasan aku tak buat pun entri untuk share gambar Raya Eidulfitri. So entri berikutnya aku akan kongsi gambar-gambar masa Hari Raya Aidilfitri yang dah aku edit.
*p/s – mana gambar raya korang? share la kat sini atau bagi link kat ruangan komen
Related posts:





14 Comments to “Aku, Aidiladha dan Gambar Rosak”