Aksesori DSLR (DSLR Combo)

aksesori dslr Aksesori DSLR (DSLR Combo)

*Entri ini merupakan kesinambungan entri “DSLR untuk Beginner”.

“DSLR dah beli, sekarang nak beli apa lagi ye? Flash atau lens? Kalau lens nak beli yang mana satu?” Pastinya soalan ini akan bermain-main di kepala lepas kita beli DSLR pertama. Dalam inbox pun ramai yang tanya soalan ni kat aku. Sejujurnya aku tak boleh jawab soalan ni sebab apa aksesori yang korang kena beli lepas beli DSLR bergantung pada keperluan atau style korang dalam fotografi.

Kalau nak jelas lagi, meh sini aku terangkan macam mana nak pilih aksesori mengikut keperluan.

DSLR + Drybox

Walaupun drybox bukan aksesori, tapi aku sarankan korang beli drybox. Drybox penting untuk elakkan lens korang terkena jangkitan fungus. Drybox tak mahal pun, yang paling kecik sekitar Rm200-Rm250.

Untuk pengetahuan korang, kalau untuk servis lens yang kena fungus, cas lebih kurang Rm100 ke Rm150 untuk satu lens. Kalau 2-3 lens kena fungus? So better beli drybox dulu sebelum korang beli lens tambahan.

DSLR + Flash

Kalau korang banyak ambik gambar indoor atau tempat-tempat tertutup yang kurang cahaya matahari, tak boleh disangkal lagi, korang WAJIB beli flash dulu, terutama kalau ada planning nak jadi wedding photographer. Walaupun DSLR ada built in- flash, korang percayalah, korang takkan teringin nak guna built in flash. Cubalah kalau tak percaya.

DSLR + Lens

Nak beli lens kena tengok kepada style menembak korang, kalau beli semua tapi tak pakai tak guna jugak.

Suka ambik gambar potrait - kalau suka ambik potrait, 50mm 1.8 lens yang cukup bagus untuk mula. Antara lens yang murah, tapi kualiti gambar memang superb.

Suka ambik gambar landscape - kitlens 18-55mm dah memadai. Tapi kalau nak gambar yang lebih dramatik, ambik Ultra Wide Angle seperti 10-20mm. Perlu di ingat lens UWA agak mahal, kalau bajet terhad, korang beli yang second hand.

Suka ambik gambar jauh - contohlah korang cikgu sekolah dan suka ambik gambar-gambar aktiviti ko-kurikulum, 75-300mm lens yang cukup sesuai. Takpun korang suka ambik gambar burung atau haiwan liar sebab kita tak boleh nak dekat sangat dengan subjek.

Suka ambik gambar serangga - Lens macro sesuai kalau korang suka ambik gambar benda-benda kecik terutamanya serangga. Kebiasaannya beginner memang suka ambik gambar serangga, so kalau rasa betul-betul minat dalam fotografi macro, korang beli lens macro. Lens macro pun boleh digunakan untuk ambik gambar potrait yang cantik.

So rasa-rasanya korang dalam kategori mana? Tips lebih lanjut tentang cara pemilihan lens ada pada entri “Lens Mana Yang Sesuai”

DSLR + Battery Grip

Sangat penting kalau korang banyak ambik gambar dalam orientasi potrait atau menegak. Tapi rasanya aksesori ni beli paling last kot, tak perlu sangat.

*****

Tips di atas sesuai untuk korang yang ada bajet yang terhad. Walaupun korang ada duit yang cukup untuk beli semua, aku sarankan korang beli satu-satu aksesori terutamanya lens. Pakai dulu lens tu sehinggalah korang rasa lens tu limit untuk event-event tertentu. Bak kata mat saleh, “push to the limit”. Pastu baru beli lens yang boleh atasi limitasi tadi.

Seperti biasa, ada soalan boleh tanya kat ruangan komen di bawah 20x20 big smile Aksesori DSLR (DSLR Combo)

Undi TarmiziShukri’s Blog untuk kategori “Best Photography Blog”

Image 0022 Aksesori DSLR (DSLR Combo)

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. DSLR Untuk Beginner
  2. Tips Beli Kamera/DSLR Terpakai
  3. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan
  4. Jenis-Jenis Lensa
  5. Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus?
  6. Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR
  7. Tips | Nak beli mana satu ni? Part 2
  8. 10 Tips Penjagaan Kamera
  9. Masa Untuk Bertukar
  10. 20 Perkara Yang Aku Belajar Mengenai Fotografi

28 Comments to “Aksesori DSLR (DSLR Combo)”

#1 Posted by adiff (31 January, 2012 at 5:28 pm )

salam…btul bro…tq³

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

sama2 ;)

#2 Posted by telorpower (31 January, 2012 at 10:47 pm )

fuh…memang berguna la tips nie hebat ler bro

nak tanya 1 jer bro buat masa nie. mcm saya lens tele,18-200.. f3-5.6 nak buat macro mmg suah la. mmg kena beli lens macro dulu kan. tapi kalau pakai adapter dia apa tah namanya. tapi adapter depan lens tuk macro punya. adakah ia boleh menghasilkan gambar yg baik spt lens macro. atau bro petua yang lian’

nak beli lens baru aga terhad la masa ni. ekonomi tak berpa baik
:o:

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 3rd, 2012:

kalau nak beli adapter, aku suggest beli raynox.. so far tu adapter macro yang terbaik..

#3 Posted by akubiomed (1 February, 2012 at 10:49 am )

Setakat ini berpuas hati dengan lensa Tamron 18-200mm walaupun tidak mempunyai anti-shake. Bila fikirkan inilah masanya untuk menajamkan kemahiran supaya imej tidak menjadi blur. Next target hendak cari SpeedLight memang ketara sangat in-door mengunakan built flash ada limitation.

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 3rd, 2012:

gud2.. sambar flash lepas ni, confirm puas hati gambar terang benderang ;)

#4 Posted by al-khattab (3 February, 2012 at 11:57 am )

best!nice entry bro!

mmg ade plan nk tambah tu semua..

tp bajet constraint tu..hihihi

bro..ade tak tips cara2 utk guna speedlite?

thanks bro.

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

tips untuk speedlight akan dibuat dlm masa terdekat :)

#5 Posted by Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio (4 February, 2012 at 12:54 am )

[...] kerana aksesori standard tidak cukup mengancam. Boleh rujuk di blog Tarmizi Shukri untuk mendapat panduan memilih aksesori kamera DSLR ini.DIY Photograpy Mini StudioBahan-bahan untuk DIY Photography Mini StudioAntara hasil kerja fotografi [...]

#6 Posted by Shukhoi (4 February, 2012 at 9:47 am )

Helicopter mini dalam gmbr tu ada jual kat Malaysia ke? Blh bt alat skodeng benda tu :) Ekekekek..

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

ada kot, biasanya videografer pakai.. kalau takda sangkut je kat layang2..haha..

#7 Posted by puanbee (4 February, 2012 at 4:13 pm )

suka gambar pemandangan dan potrait anak2 ..

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

geng ibu2 mesti suka ambik gambar anak ;)

#8 Posted by titan (5 February, 2012 at 8:23 am )

pehh, kalau ada yang leh terbang tu..memang gempak la..
Entri Terkini titan – Lelaki kacak suka perempuan gigit..My Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

memang gempak, jangan terhempas sudah :)

#9 Posted by Affan Ruslan (18 February, 2012 at 5:03 am )

Tips menarik. Betul pasal lens tu, pakai sampai limit dulu. Bagi mahir betul2, baru beli lens baru :D Entri Terkini Affan Ruslan – Bantu Saya Untuk Menang Macbook ProMy Profile

[Reply]

Affan Ruslan reply on February 18th, 2012:

Satu lagi, thanks mengenai drybox tu ye. Serius baru tahu, dan tengah usya2 kat ebay ni hahaha.
Harga tak mahal, ada duit sikit boleh beli ni hehe
Entri Terkini Affan Ruslan – Bantu Saya Untuk Menang Macbook ProMy Profile

TarmiziShukri reply on February 19th, 2012:

kalau nak beli kat yamiya.com.my pun ok, murah jugak rasanya ;)

#10 Posted by syntax (19 February, 2012 at 1:07 am )

tarmizi,

mcm drybox tu kene pakai letrik ke? kuat tak power die? takot bil letrik melambung plak kg. hehe

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 19th, 2012:

tak kuat,pakai bateri pun boleh jalan rasanya.. ingat drybox tu oven ke..haha..

syntax reply on February 19th, 2012:

adehh…. hehe thanks. tu la risau gak kulat kn… tp bru ade kit lens ngn 50mm je. agak2 nk pakai ape yg sesuai ye tuan?

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

nak pakai apa yg sesuai? tak brp jelas soalan.

#11 Posted by naz (22 February, 2012 at 1:22 pm )

bro slalu macro berape ratus?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 22nd, 2012:

bergantung pada range.. ada macro 50mm, ada yg 90mm.. ada yg under 1k, ada yg sampai 2k..

#12 Posted by naz (23 February, 2012 at 9:48 pm )

bro,skrng(2012) harga nikon d90 berape ribu?

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 29th, 2012:

2500+-

#13 Posted by man (28 April, 2012 at 8:39 am )

salam bro…klu utk sony A33 da rjukan hrga n tmpt2 nk beli lens???klu on9 yg bleh dipercayai….

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 28th, 2012:

kalau online boleh rujuk kat shashinki.com








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: