*Entri ini merupakan kesinambungan entri “DSLR untuk Beginner”.
“DSLR dah beli, sekarang nak beli apa lagi ye? Flash atau lens? Kalau lens nak beli yang mana satu?” Pastinya soalan ini akan bermain-main di kepala lepas kita beli DSLR pertama. Dalam inbox pun ramai yang tanya soalan ni kat aku. Sejujurnya aku tak boleh jawab soalan ni sebab apa aksesori yang korang kena beli lepas beli DSLR bergantung pada keperluan atau style korang dalam fotografi.
Kalau nak jelas lagi, meh sini aku terangkan macam mana nak pilih aksesori mengikut keperluan.
DSLR + Drybox
Walaupun drybox bukan aksesori, tapi aku sarankan korang beli drybox. Drybox penting untuk elakkan lens korang terkena jangkitan fungus. Drybox tak mahal pun, yang paling kecik sekitar Rm200-Rm250.
Untuk pengetahuan korang, kalau untuk servis lens yang kena fungus, cas lebih kurang Rm100 ke Rm150 untuk satu lens. Kalau 2-3 lens kena fungus? So better beli drybox dulu sebelum korang beli lens tambahan.
DSLR + Flash
Kalau korang banyak ambik gambar indoor atau tempat-tempat tertutup yang kurang cahaya matahari, tak boleh disangkal lagi, korang WAJIB beli flash dulu, terutama kalau ada planning nak jadi wedding photographer. Walaupun DSLR ada built in- flash, korang percayalah, korang takkan teringin nak guna built in flash. Cubalah kalau tak percaya.
DSLR + Lens
Nak beli lens kena tengok kepada style menembak korang, kalau beli semua tapi tak pakai tak guna jugak.
Suka ambik gambar potrait – kalau suka ambik potrait, 50mm 1.8 lens yang cukup bagus untuk mula. Antara lens yang murah, tapi kualiti gambar memang superb.
Suka ambik gambar landscape – kitlens 18-55mm dah memadai. Tapi kalau nak gambar yang lebih dramatik, ambik Ultra Wide Angle seperti 10-20mm. Perlu di ingat lens UWA agak mahal, kalau bajet terhad, korang beli yang second hand.
Suka ambik gambar jauh – contohlah korang cikgu sekolah dan suka ambik gambar-gambar aktiviti ko-kurikulum, 75-300mm lens yang cukup sesuai. Takpun korang suka ambik gambar burung atau haiwan liar sebab kita tak boleh nak dekat sangat dengan subjek.
Suka ambik gambar seranggaΒ – Lens macro sesuai kalau korang suka ambik gambar benda-benda kecik terutamanya serangga. Kebiasaannya beginner memang suka ambik gambar serangga, so kalau rasa betul-betul minat dalam fotografi macro, korang beli lens macro. Lens macro pun boleh digunakan untuk ambik gambar potrait yang cantik.
So rasa-rasanya korang dalam kategori mana? Tips lebih lanjut tentang cara pemilihan lens ada pada entri “Lens Mana Yang Sesuai”
DSLR + Battery Grip
Sangat penting kalau korang banyak ambik gambar dalam orientasi potrait atau menegak. Tapi rasanya aksesori ni beli paling last kot, tak perlu sangat.
*****
Tips di atas sesuai untuk korang yang ada bajet yang terhad. Walaupun korang ada duit yang cukup untuk beli semua, aku sarankan korang beli satu-satu aksesori terutamanya lens. Pakai dulu lens tu sehinggalah korang rasa lens tu limit untuk event-event tertentu. Bak kata mat saleh, “push to the limit”. Pastu baru beli lens yang boleh atasi limitasi tadi.
Seperti biasa, ada soalan boleh tanya kat ruangan komen di bawah π
Undi TarmiziShukri’s Blog untuk kategori “Best Photography Blog”
As slm bro…
Body nikon d90 jika nk guna flash sb700 sesuai dan boleh support ke?
Mohon pencerahan.tq
Boleh support, takda masalah.
Salam bro, nak minta pendapat sikit. saya guna d5100 dgn lens 18-55 (kit standard). lepas guna dlm 6 bln ni, ada rasa nak tambah acc tapi budget tak cukup. pada pendapat bro tarmizi, acc apa yg patut saya tambah dulu? flash or lens? kalau flash, saya dah ada target, sb-700 (cukuplah dulu kot as a beginner). kalau lens, 18-200 (untuk jalan2). untuk macro n wide, saya dah ada converter (tu je yg mampu mula2 ni).
nak mintak pendapat ni sbb macam nak mintak sokongan sbb dua2 tu rasanya memang nak guna, cuma tak cukup budget nak angkat dua2 tu. saya rasa kena beli flash tu dulu then baru lens. betul tak? kalau ada cadangan lain, saya alu2kan.
sekian, terima kasih.
salam bro……
Klu saya nak beli lens….Minta bro sages yang mana lebih baik n murah…coz saya mmg mnat yang 18-300/18-200.f3/3.5….tamron ok ker?coz saya nak cari 1 je n blh guna untuk semua.minta tunjuk ajar..tq
Salam bro…
sye still xfaham untuk function battery grip..selain untuk kite capture gambar tegak..apa lagi function die eyh??…=)
~Budak baru nk belajar~
tu je kot fungsinya + tambah bateri.. hehe
salam bro…klu utk sony A33 da rjukan hrga n tmpt2 nk beli lens???klu on9 yg bleh dipercayai….
kalau online boleh rujuk kat shashinki.com
bro,skrng(2012) harga nikon d90 berape ribu?
2500+-
bro slalu macro berape ratus?
bergantung pada range.. ada macro 50mm, ada yg 90mm.. ada yg under 1k, ada yg sampai 2k..
tarmizi,
mcm drybox tu kene pakai letrik ke? kuat tak power die? takot bil letrik melambung plak kg. hehe
tak kuat,pakai bateri pun boleh jalan rasanya.. ingat drybox tu oven ke..haha..
adehh…. hehe thanks. tu la risau gak kulat kn… tp bru ade kit lens ngn 50mm je. agak2 nk pakai ape yg sesuai ye tuan?
nak pakai apa yg sesuai? tak brp jelas soalan.
Tips menarik. Betul pasal lens tu, pakai sampai limit dulu. Bagi mahir betul2, baru beli lens baru π
Satu lagi, thanks mengenai drybox tu ye. Serius baru tahu, dan tengah usya2 kat ebay ni hahaha.
Harga tak mahal, ada duit sikit boleh beli ni hehe
kalau nak beli kat yamiya.com.my pun ok, murah jugak rasanya π
pehh, kalau ada yang leh terbang tu..memang gempak la..
memang gempak, jangan terhempas sudah π
suka gambar pemandangan dan potrait anak2 ..
geng ibu2 mesti suka ambik gambar anak π
Helicopter mini dalam gmbr tu ada jual kat Malaysia ke? Blh bt alat skodeng benda tu π Ekekekek..
ada kot, biasanya videografer pakai.. kalau takda sangkut je kat layang2..haha..
best!nice entry bro!
mmg ade plan nk tambah tu semua..
tp bajet constraint tu..hihihi
bro..ade tak tips cara2 utk guna speedlite?
thanks bro.
tips untuk speedlight akan dibuat dlm masa terdekat π
Setakat ini berpuas hati dengan lensa Tamron 18-200mm walaupun tidak mempunyai anti-shake. Bila fikirkan inilah masanya untuk menajamkan kemahiran supaya imej tidak menjadi blur. Next target hendak cari SpeedLight memang ketara sangat in-door mengunakan built flash ada limitation.
gud2.. sambar flash lepas ni, confirm puas hati gambar terang benderang π
fuh…memang berguna la tips nie hebat ler bro
nak tanya 1 jer bro buat masa nie. mcm saya lens tele,18-200.. f3-5.6 nak buat macro mmg suah la. mmg kena beli lens macro dulu kan. tapi kalau pakai adapter dia apa tah namanya. tapi adapter depan lens tuk macro punya. adakah ia boleh menghasilkan gambar yg baik spt lens macro. atau bro petua yang lian’
nak beli lens baru aga terhad la masa ni. ekonomi tak berpa baik
:o:
kalau nak beli adapter, aku suggest beli raynox.. so far tu adapter macro yang terbaik..
salam…btul bro…tqΒ³
sama2 π