Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi teknik-teknik shoot sunset yang aku dah pelajari & yang paling penting, setiap tips berikut aku guna pakai untuk setiap gambar sunset yang aku shot. Tak lebih, tak kurang, macam maggie secukup rasa π
1. Tiba Awal Di Lokasi
Pastikan korang sampai awal sebelum langit menguning. Macam kat kuching ni sunset biasanya jam 6.20, so kena datang setengah jam awal, sebab masa ni la orang bersesak-sesak nak balik rumah.
2. Tripod
Aksesori wajib yang mesti ada kalau nak shoot sunset kerana kita menggunakan slow shutter speed(cth: 1/8, 1/10,1′)3. ISO
Set iso ke mode yang paling rendah, biasanya 100 untuk mengelakkan noise.4. Mode Manual
Biasanya aku gunakan mode manual. Aperture hendaklah F10 ke atas, biasanya aku akan guna aperture maksimumΒ mcm F22, lagi tinggi, lagi bagus sebab kita nak semua objek sharp. Pastikan exposure korang berada pada kurang daripada ‘0’ supaya warna sunset/sunrise lebih menyerlah.5. Manual Fokus
Gunakan manual fokus kerana amat sukar untuk auto fokus dalam keadaan gelap.6. Cabel Release
Gunakan cable release atau remote. Kalau takda, gunakan timer supaya tidak berlaku gegaran pada kamera.7. Shot, shot dan shot
Shot seberapa banyak gambar yang boleh kerana cahaya sunset akan berubah-ubah dengan kerap.
8. LiveView
Disebabkan kamera akan menghala terus ke matahari, penggunaan viewfinder amat tidak digalakkan (boleh menyebabkan buta), gunakan liveview yang ada pada kamera korang. Kalau tak ada lifeview, korang agak-agak je, lepas tu shoot beberapa gambar dan compose balik sampai korang berpuas hati.
Aku bukanlah photographer profesional yang layak nak bagi tips. Apa yang aku kongsikan aku dapat dari bacaan dan pengalaman aku sendiri. Kalau korang tak faham term @ seperti shutter speed, aperture, exposure dsb, jangan malu request, nak senang tanya je kat ruangan komen. Aku akan cuba jelaskan dengan ayat yang paling mudah & memang itu pun matlamat aku mewujudkan blog ni, menyampaikan ilmu dengan ayat yang senang nak faham & tidak terlalu teknikal.Β Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa share2 dengan member2 korang π
ini lebih kuren teknik lampu suloh….
Assalamualaikum tuan, baru2 ini saya baru sahaja membeli sebuah kamera iaitu Nikon D3300 dan ini kamera pertama saya, tetapi saya masih kurang faham apa itu aperture dan shutter speed walaupun sudah baca di blog tuan, mohon bantu saya π
Wsalam, boleh ikut bengkel2 yg saya buat. Jadual ada di tarmizishukri.com/bengkel π
salam tuan.. kalau kita slow kan shutter speed, f/22 keatas dan wlupun ISO plg rendah 100.. gambar akan overexposed (sunset).. saya ada dgr kita kna pkai nd filter.. dan dari yg saya survey harga nd filter ni agak mahal juga sekitar rm 200 keatas.. bleh tuan terangkan pasal nd filter.. dan juga perbezaan nd filter biasa dgn variable nd filter.. tq..
Bila boley buat kursus di georgetown lagi?
em, takde dah, buat sekali je π
salam bro… mohon tunjuk ajar macam mana pla kalau nak shoot nyalaan api/lilin dalam gelap? sy pernah wat tapi bnyk noise sbb sy guna iso tinggi… apa exposure yg sesuai ya?
as salam..
bro, sy baru menjinakkakn diri guna dslr.. dulu mula2 beli guna auto jer.. rasa sgt bodoh beli camera riban2 pakai auto.. tp tak setting2 tak pandai la. cer ajar macam mana nk setting gambar kasi cun.. sy guna dslr Canon EOS 1100D.. pls..
tq.
ahad ni ada bengkel kat KLCC.. join ler π
bro…salam 1Malaysia…hehe..nak tnya bro..kalo nk beli cmera DSLR kt sarawak ni,kt mna tmpat @ kdai yg bgus..sy duduk kt Limbang susah sngt nk cari kdai yg ada jual DSLR..
“Pastikan exposure korang berada pada kurang daripada β0β² supaya warna sunset/sunrise lebih menyerlah.” apa maksud kurang daripada 0?? tak paham…ce jelaskan lebih lanjut π
saya dah explain panjang lebar dalam blog, try cari π
saya baru guna nikon d3100 tapi mcm mane ye nak contol exposure?
still study kt upsi x? sy pun upsi gak ne.. thun3.. hope c u soon.. bole bguru ngn sifu tarmizi..
sebab sy baru jumpa blog nie…
kebetulan baru beli nikon kan…
so tengah usha2 info pasal dslr…
thanks ye
salam,
saya ada cadangan…
xbleh ke kalaw kita org nie bleh subscribe ngan blog nie….
so bila ada entri baru automatic masuk kat email..
harap dipertimbangkan….
huhuu =)
boleh je subscribe, ada kat sidebar sblh kanan..
salam..
semasa shoot waktu tgh hari iso, aperture dan shutter speed sesuai pakai berapa ?
bergantung pada keadaan cahaya, keamaatan cahaya tak sama pada setiap masa, so takda jawapan untuk soalan ini.. just pakai iso yang rendah kalau tengahari tu cerah, kalau hujan pakai tinggi..
salam.. nak copy ye π
boleh je, jgn lupa credit π
salam..nak tnye..iso tu ape?
tq bro..gua dpt ilmu bru..
bole share pulak mcm mne nk buat landscape and sunrice????
klu bole add la fb aku erk..
hye..saya budak baru bljar dan tak pandai guna kamera dslr ni tapi mnat pulak ngan bdang potogrper,saya masih mcari apa tu shutter speed, aperture, exposure dan tak taw benda ni kat mna klau d kamera ..saya guna kamera dslr 1100d..
huhu bagus la blog mcmni..mmg skang plan nk beli dslr..ermm tak decide ag nk beli D5000@EOS500D.
Thanks mie, nak beli dslr kan? Boleh usha tips nak pilih dslr kat blog ni π
ahah
xyah salin, copy paste je..hehe
salin2..
bgslah, harap tips ni senang difahami π
Thanks Cikgu Megat, sy pun byk belajar dr cikgu π
cool tips! simple and mudah nak paham utk beginners macam chybee. hehe…next time blh try la cmni. photo superb!
tahniah kerna berjaya menghasilkan blog ni Mizi….aku bangga kerna pernah mengenali kau….seorang yg gigih….tahniah sekali lagi ……….cayalah……….
InsyaAllah esok atau lusa aku buat entri pasal shutter & aperture. Kalau nak explain kat sini memang tak cukup ruang π
shuttter speed tuh camner??
aperture camne nk gn?
aku ader d1000..terkial2 lg nak gn..huhu