TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / 50 Idea Perniagaan Fotografi Dari Saiful Nang

50 Idea Perniagaan Fotografi Dari Saiful Nang

Oleh Tarmizi Shukri 11 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Sabtu lepas saya menghadiri Seminar Usahawan Fotografi dan Videografi Hebat. Seminar ini telah dianjurkan oleh CandidSyndrome dan disampaikan oleh saudara Saiful Nang.

Seperti yang dijangka, seminar ini penuh dengan pengisian yang sangat jarang diperoleh dari seminar fotografi lain. Dalam seminar ini, SN berkongsi 50 idea perniagaan fotografi dan videografi yang boleh diceburi selain dari “wedding photography” yang sememangnya dah ramai orang buat.

Antara input yang saya peroleh dalam seminar ini:

Jadi template maker, bukan template user

Kebanyakkan kita. termasuk saya sendiri mudah terikut dengan model bisnes orang lain.

Contohnya dalam kampung saya, pada asalnya ada satu je IKS yang buat kek lapis, tapi sekarang dari hilir sampai hulu kampung semua orang nak buat bisnes yang sama dan sekarang di semenanjung pun ada kek lapis sarawak.

Lama kelamaan produk tu dah tak eksklusif kerana banyak orang dah buat, peniaga kena bersaing sama ada turunkan harga atau buat pakej yang menarik, atau yang biasa orang melayu buat, jatuhkan bisnes orang lain.

….penyelesaiannya?

USAHAWAN FOTO DAN VIDEO HEBAT

+ SN sedang menerangkan model perniagaan salah satu dari 50 idea fotografi.

Buat sesuatu yang “rare”

Cuba cipta bisnes model yang jarang-jarang orang buat atau “rare”. Dalam seminar ni hampir 50 idea bisnes yang disampaikan memang saya tak pernah dengar, ada 2-3 je saya pernah dengar dan sedang buat.

Saya nak kongsi semua 50 idea di blog ni memang tak larat. Tapi takpa, bulan 9 nanti ada “hangout” bersama saya dan beberapa foto blogger yang lain.

….lagi

Meninggi diri

Meninggi diri kat sini bukanlah yang negatif tu, tapi lebih kepada menyerlahkan diri supaya nampak menonjol. Contohnya kalau korang ada pencapaian, biarpun kecil, cuba highlight’ kan supaya klien tau.

Kalau pernah ambik job wedding di Singapore, Sungai Golok atau Bali ke, bagitau ler korang ni “International Photographer”. Yela kan, dah ambik gambar kat oversea, international la tu..hehe.

Tapi nak highlight tu agak-agaklah ye, jangan over sangat. Yang penting portfolio kena sedap.

tarmizi shukri dan saiful nang

+ ambik aura SN, dapat sikit pun jadilah..hehe.

Lepas pegi seminar ni barulah terbuka sedikit minda ni, dalam kepala dah ada beberapa perancangan untuk PikselPecah Studio.

Idea-idea dari seminar ni sebenarnya boleh juga digunakan untuk cabang bisnes yang lain. Terpulang pada kita nak aplikasikan atau tidak. Bagi saya memang berbaloi bayar RM50 untuk seminar seperti ni.

Minat fotografi bukan setakat melabur untuk beli gear mahal-mahal, yang paling penting sebenarnya melabur untuk ilmu. Lainlah korang jenis mak bapak kaya beli kamera untuk suka-suka. Tapi yang membaca blog ni saya pasti kebanyakkan nak dapat pulangan dari pelaburan beribu-ribu membeli DSLR. Kan, kan?

p/s :- “Hangout” bulan 9 nanti ada siapa nak join tak? Saya jemput mana-mana penggiat fotografi join sekaki untuk buat perkongsian kepada pembaca blog ni. Kita buat santai-santai je, duduk atas rumput bawah pokok sambil sedut ilmu. 🙂

Related

Filed Under: Fotografi28/07/2013

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. norida mos says

    09/05/2014 at 10:12 PM

    Saya merupakan isteri kepada seorang peminat bidang fotografi..cuma d tpt kami..kawasan pekan..nk buat pgambaran perkahwinan dll..agak kurang sambutan..sbb ramai yg ambik mereka yg benar2 pro dlm bidang ini..kalau nak bisnes utk gmbar ic..gmbr family yg ada background pemandangan kat blkg tu boleh kot..brpa ek agak2 kos nk buat studio kecil2 an..

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      20/05/2014 at 2:49 PM

      bajet untuk mini studio yang lengkap dengan lighting dan backgroud lebih kurang RM800-RM1000

      Reply
      • Muh Imran says

        22/10/2016 at 3:22 PM

        Bro, nak facebook boleh bro. nak blajar lagi lebih mendalam .

        Reply
  2. watul says

    26/08/2013 at 11:47 AM

    mcm best jek kalau dpt hang out,boleh blajar..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      27/08/2013 at 1:07 AM

      joinla nanti 🙂

      Reply
  3. yusri says

    24/08/2013 at 4:08 PM

    Saya minat ambik gambar tapi secara suka-suka je.

    Reply
  4. akubiomed says

    29/07/2013 at 2:12 PM

    Saya cuba melapangkan diri untuk bulan September ini. 🙂

    Reply
  5. Amirez says

    28/07/2013 at 4:38 PM

    hari tu nak jugak join seminar SN ni tapi tak berkesempatan pulak.

    bulan 9 ni nak buat hangout kat mana bro? kena dengan masa dan tempat nak jugak join 🙂

    Reply
    • TarmiziShukri says

      01/08/2013 at 7:27 PM

      tak decide lagi, rasanya nak buat kat putrajaya, harap boleh join..hehe

      Reply
  6. azman says

    28/07/2013 at 2:09 PM

    Menarik jugak tu..

    Reply
  7. Man says

    28/07/2013 at 7:19 AM

    gambar last tu macam anak dengan bapa pula. hehhe

    Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·
 

Loading Comments...