3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

4724371045 57874bdf42 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

Selamat pagi murid-murid. Hari ni cikgu nak ajar 3 asas fotografi yang murid-murid kena tau, kalau lepas cikgu ajar ni masih ada yang tak tau jugak, cikgu pukul punggung sorang-sorang..hehe..Ok, stop joking.

Baiklah, kali ni kita akan tengok 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dsb. Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.

Exposure=Shutter Speed + Aperture + ISO

*****

Shutter Speed

  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.
shutteranimation2 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

Animasi konsep shutter

*****

Aperture

  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
4723956453 211f68724a 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

Nilai F dan bukaan Aperture

*****

ISO

  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
4723963153 9584113b87 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

Kaitan antara ISO dan "noise"

**************************************************************************************************************************

 

Ok, tu baru konsep, tak masuk detail lagi. So macam mana? Pening dah? hehe..  Takpa, korang rehat dulu, minum kopi ke, makan aiskrim ke. Aku stop kat sini je, tak nak panjang-panjang. Kelas yang berikutnya, aku akan terangkan teknik-teknik nak guna shutter speed, aperture dan ISO untuk shot-shot kreatif.  Sementara tu faham-fahamkan ketiga-tiga konsep di atas, sebab entri lepas ni ada kaitan dengan apa yang kira belajar hari ni. K.. Chowww.. 20x20 big smile 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca

 

 

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Hujan..hujan dan hujan..
  2. Bila aku sudah bosan…

50 Comments to “3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca”

#1 Posted by Shaffique08 (23 June, 2010 at 3:04 am )

thanks for the info !

My latest entry : Pasangan Kembar England Yang Paling Serupa

[Reply]

#2 Posted by tarmizishukri (23 June, 2010 at 3:14 am )

wow, baru post dh komen, hehe, anyway thanks :)

[Reply]

#3 Posted by tarmizishukri (24 June, 2010 at 7:26 am )

ye, sama2 :)

[Reply]

#4 Posted by Dayu Designs (27 July, 2010 at 12:25 pm )

Thank you so much for sharing. Baru beli Kamera DSLR SOny a380. Asyik guna fungsi automatik ajer. Lum pandai lagi nak settingkan yang manual. Informasi yang diberukan amatlah membantu. Terima kasih ya!

[Reply]

#5 Posted by tarmizishukri (27 July, 2010 at 12:33 pm )

Sama2..keep reading my blog, byk informasi akan d kongsi kat sini :)

[Reply]

#6 Posted by Haida Mohamad (9 November, 2010 at 3:59 pm )

terima kasih di atas info, tapi agak kurang faham lagi……pening lalat sikit :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 9th, 2010:

kena baca 10 kali lah kalau macam tu..hehe..

#7 Posted by zazizuzezo. (30 November, 2010 at 4:59 am )

so apa bezanya kalau guna aperture kecik ngan yang besar?

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 30th, 2010:

Kalau nak dapatkan bokeh, biasanya kita akan guna nilai aperture kecik seperti 1.8-2.8. Aperture kecik sesuai untuk gambar potrait. Nilai aperture besar sesuai untuk landscape, sebab kita nak semua objek npk jelas..

#8 Posted by sayaNisa (19 February, 2011 at 7:01 pm )

Salam, nak tanye, erk Nisa ade bace satu artikel, die kate ‘always shoot in RAW’
ape definition RAW tu pulak ? Eheee :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 21st, 2011:

Pertama sekali maaf sgt2 sebab lambat reply..
RAW ni format gambar yang tidak diproses oleh kamera. Kalau jpeg, kamera dah proses dan compress ikut setting yang kita dah set kat kamera. Nnti sy akan ulas lebih lanjut tentang RAW pada entri seterusnya :)

#9 Posted by mohamed (4 March, 2011 at 10:59 am )

saudara tarmizisukri,

saya suka penerangan ringkas tuan. mudah faham. teruskan usaha anda. tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 4th, 2011:

aish, janganlah panggil tuan, rasa tua pulak diri ini..hehe.. anyway, thanks :)

#10 Posted by Asas Fotografi (3 May, 2011 at 11:56 pm )

[...] [...]

[...] Setkan shutter speed kepada 1/250 dan ke atas. Pastikan exposure seimbang. Kalau gelap, naikkan [...]

#12 Posted by Tips Tangkap Gambar Kilat/Petir | TarmiziShukri's Blog (12 May, 2011 at 1:56 am )

[...] Setkan aperture kepada [...]

#13 Posted by cik violet (24 July, 2011 at 3:48 pm )

good info..thanx a lot ;) Entri Terkini cik violet – Ra Ya Nun Dal WauMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 24th, 2011:

ur welcome :)

#14 Posted by mozariq (26 July, 2011 at 11:54 am )

BRO NAK TANYA APA BENDA NIH….Nikon Lens to Minolta MA Sony Alpha Mount Adapter… BOLEH REVIEW SIKIT TAK???

[Reply]

TarmiziShukri reply on July 26th, 2011:

tu adapter untuk guna lens nikon kat body sony alpha..

#15 Posted by Zulis (14 August, 2011 at 8:55 am )

Salam bro…
Nak tya mcm mn kt nak tau exposure yg sesuai bl ambil gmbr…cnthnya sy ada bc entri yg pasal sunset tu awk de bg tau setkan exposure bwh 0 (kalau x silap la)..so exposure ada meter ke..

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 14th, 2011:

yup, kalau kat dslr ada exposure meter.. kalau tak tau yg mana satu, bukak manual balik :)

#16 Posted by yuyu (30 September, 2011 at 9:32 am )

salam….nk tnya….camne nk bg gambar cntik lau amik mlm2….misal kata hanya ada cahaya lampu2 jln je….huhu….saya budak baru sgt belajar…tp saya akn blaja sungguh2….hope abg leh bg tips2 yg beshhh…hehe….

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 1st, 2011:

night photography ye.. hm.. asas nya pertama, pakai manual mode.. yg kedua setkan aperture f9 dan ke atas, ketiga turunkan iso serendah yg boleh dan keempat pakai slow shutter..nnti kalau free sy akan buat tutorial utk night photography..

#17 Posted by suhaila_aizid (1 October, 2011 at 2:10 am )

thanks sangat2…mmg orng faham ko aja benda ni..mayb ari ni tak makan semut..thanks sangat2…aja lagi ye….

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 1st, 2011:

sama2.. ;)

#18 Posted by yuyu (1 October, 2011 at 7:57 pm )

oryte…..thanx sgt2….terima kasih daun keladi…hehe….

[Reply]

#19 Posted by nad (2 October, 2011 at 12:37 pm )

salam bro mizi

kurang paham sikit pasal aperture ni..konpius jap aha

bro cakap aperture kecik sesuai utk bokeh..aperture besar sesuai utk landscape

bukan ke semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya

boleh tolong explain yg pasal guna aperture besar utk landscape sebab nakkan semua objek nampak jelas tu and kaitan dengan cahaya yg masuk?

maaf banyak tye..budak baru belajar.thx :)

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 2nd, 2011:

ko salah faham ni, aperture kecik tu bukaan kecik.. lainlah aku cakap nilai aperture kecik.. ada fhm? :)

#20 Posted by gdah (4 October, 2011 at 12:45 pm )

good tips. tak bukukan ke ilmu yg ada. senang nak blajar… semoga murah rezeki sbb xlokek ilmu..

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 4th, 2011:

ada jgk plan nak jadikan buku, tapi masa tak berapa nak mengizinkan.. ;)

#21 Posted by kacak (2 December, 2011 at 12:44 pm )

nak tnye..noise tu ape?

[Reply]

Penembak tepat reply on May 10th, 2012:

Noise tu..nmpk bintik2 mcm kabur…tgk la contoh kat ISO tu… 8)

#22 Posted by Tips Ambik Gambar Gerhana Bulan | TarmiziShukri's Blog (10 December, 2011 at 2:44 pm )

[...] mode akan menentukan berapa nilai exposure (iso, shutter speed, aperture) yang akan kita gunakan. Perlu diingat, setiap metering mode spesifik untuk situasi tertentu. [...]

#23 Posted by atiq (15 December, 2011 at 12:28 am )

salam.sy nak tanya skit tentang metering mode, kan ade evaluative metering,partial and centre-weighted average.ape functon dia eh? abg ade entri tentang cara2 nak tngkap gmba malam tk?

[Reply]

#24 Posted by atiq (15 December, 2011 at 12:33 am )

salam.sy pkai canon 1100D.sy nak tnye ape function metering mode yg evaluative mode,partial mode dan centre-weighted average? abg ade entri tentang shoot gambar mlm tk?

[Reply]

#25 Posted by eez (22 December, 2011 at 12:24 pm )

adoi…….. sengal jap kepala ni…. kena ketuk2 sket kasi masuk…. dushhh.. thanks for d info..

[Reply]

TarmiziShukri reply on December 22nd, 2011:

ok, welcome :)

#26 Posted by saharudin (23 January, 2012 at 4:32 pm )

aku nak blajar white balance plok….ble tunjuk ajar cki 8)

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 23rd, 2012:

entri white balance dah ada.. cuba cari :)

#27 Posted by Putra (4 February, 2012 at 6:39 pm )

Bokeh tu apa ye?….

[Reply]

TarmiziShukri reply on February 5th, 2012:

boleh baca entri http://tarmizishukri.com/kelas-fotografi/apa-itu-bokeh

#28 Posted by beeya (17 March, 2012 at 8:34 pm )

thanks 4 da info… i loike ur entri… :D

[Reply]

#29 Posted by zuan (27 March, 2012 at 11:38 pm )

thanks dude.. dah paham sikit2 pasal fotografy ni
Entri Terkini zuan – > Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di HujungnyaMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 28th, 2012:

sama2 :)

#30 Posted by khairul (28 March, 2012 at 12:18 pm )

slm bro, knp tips photoshop banyak xde… kalau boleh, bg la tips2 nk edit picture… tq

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 28th, 2012:

kekangan masa.. nk update blog pun susah, inikan nak buat tutorial photoshop :)

#31 Posted by syam (3 April, 2012 at 12:44 am )

banyak lagi nak kene blajar ni

[Reply]

#32 Posted by syam (3 April, 2012 at 12:45 am )

bro tnya skit noise 2 ape.. hehe insan mahu blajar ni

[Reply]

#33 Posted by xero (14 April, 2012 at 1:29 am )

salam. boleh terangkan secara ringkas kamera yg convert infra red? ape kelebihannya? sesuai utk fotografi yg mcm mane? thanks

[Reply]








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: