
Kalau dulu biasa kita dengar kamera DSLR sahaja, tapi sekarang dah ada DSLT pulak. Kalau dilihat dari segi luaran, DSLT dan DSLR tak ada beza pun. Dari segi imej yang dihasilkan pun lebih kurang sama. Yang membezakan cumalah pada bahagian mekanikal dalaman. Jap lagi kita tengok apa yang beza.
Sebenarnya teknologi SLT pertama kali digunakan oleh Canon untuk kamera yang dinamakan Canon Pellix pada tahun 1960 an. Tapi Canon tak lagi mengeluarkan model-model SLT selepas itu, sebaliknya SLR sehinggalah sekarang (DSLR).
Pada 2010 Sony telah mengeluarkan DSLT pertama di dunia iaitu Sony a55 menggunakan konsep yang sama seperti Canon Pellix, tapi menggunakan nama “Translucent Mirror Technology”. Ini merupakan satu inovasi dari Sony yang aku percaya akan sedikit sebanyak menggugat kamera DSLR yang ada dipasaran.
Read the rest of this entry »
Posted in Gear Talk Oleh TarmiziShukri pada February 16th, 2012 | 27 Comments »
Posted in Wordless Wednesday Oleh TarmiziShukri pada February 15th, 2012 | 13 Comments »

Filter adalah salah satu aksesori wajib. Fungsi utama filter adalah melindungi lens dari anasir-anasir jahat seperti pasir, debu atau cap jari dari mencemar kesucian lens. Filter ada banyak jenis dan setiap jenis filter ada fungsi dan kelebihan sendiri. Jom kita tengok.
UV Filter

Ni filter paling common, semua yang beli DSLR ada lens ni. Biasanya masa korang beli DSLR filter akan diberi secara percuma (cap ayam), takpun salesman akan bagi diskaun baik punya. Fungsi UV filter ialah menapis sinar UV dari merosakkan lens dan sensor kamera.
Namun kamera DSLR sekarang kebanyakkan dah ada “UV coating” pada sensor dan lens. So penggunaan UV filter pada masa sekarang hanyalah berfungsi untuk mengelakkan lens dari terkena debu/pasir/cap jari.
Read the rest of this entry »
Posted in Gear Talk Oleh TarmiziShukri pada February 7th, 2012 | 40 Comments »