20 Perkara Yang Aku Belajar Mengenai Fotografi

20 perkara yang aku belajar mengenai fotografi 20 Perkara Yang Aku Belajar Mengenai Fotografi

Semalam aku ada bagitau kat fanpage yang aku akan update blog dalam “sedikit masa lagi”. Sekarang dah hampir 12 jam, entri baru nak publish.. Sori ya 20x20 big smile 20 Perkara Yang Aku Belajar Mengenai Fotografi

Ramai yang tanya bila nak buat entri pasal tips fotografi. Terus terang cakap, aku tak tau nak cerita apa dah. Kalau ada pun, mengambil masa jugak nak siap. Tapi masa aku sekarang agak terhad, tak macam sebelum ni.

Walaupun kelas master aku jumaat sabtu je, banyak masa dicuri sebab terpaksa ulang alik dari Tanjung Malim ke Melaka tiap minggu. TM ke KL 1 jam, KL ke Melaka pulak lebih kurang 2 jam. Seminggu kena habiskan masa 6 jam atas bas, sebulan? Kiralah sendiri..huhu.

Baiklah, secara ringkasnya, entri kali ni mengenai perkara-perkara yang aku belajar sejak hari pertama pegang DSLR. Semuanya datang dari pengalaman sendiri. Kalau korang cari kat internet, ramai fotografer luar negara buat entri macam ni, ada yang buat sampai 100. Aku larat buat 20 je, nanti minggu depan buat 2o lagi ye ..hehe

******

1. kamera yang mahal tak menjanjikan gambar yang cantik.

2. bawa kamera ke mana-mana saja.

3. jangan sangkut kamera kat leher, lilitkan pada tangan.

4. pakai slingbag, kalau backpack susah nak buka beg, terutama bila tukar lens.

5. tiada apa yang istimewa pada gambar yang modelnya wanita cantik.

6. feveret lens = 50mm 1.8.

7. bila nak keluar shot landscape, bawak  kitlens + tripod sahaja.

8. tak payah beli tripod berat-berat kalau selalu travel.

9. aksesori kedua yang perlu dibeli selepas kamera ialah drybox, bukan lens atau flash.

10. jangan guna UV filter kalau shot waktu malam.

11. labur duit untuk lens, bukan body.

12. mahal mana pun lens, tapi kalau filter cap ayam… fikir-fikirlah sendiri.

13. bila nak beli kamera, beli brand yang sama dengan kawan, senang nak belajar.

14. elakkan tukar lens di tempat yang berpasir dan berdebu.

15. sentiasa peka dengan keadaan sekitar.

16. gambar yang banyak noise lebih baik dari gambar yang blur.

17. servis kamera setiap kali lepas guna.

18. cipta gaya sendiri.

19. gambar posing sangat memboringkan.. candid lebih baik.

20. keep it simple.

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. 10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Membeli Kamera
  2. Teknik Photography Paling Kool Yang Anda Wajib Belajar
  3. 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
  4. Brand DSLR Mana Yang Paling Bagus?
  5. Upgrade Kamera/Lens, Antara Nafsu dan Keperluan
  6. Projek Fotografi Sempena Ramadhan
  7. Bila Handphone Dicuri Oleh Orang Yang Dikenali
  8. Penyakit Yang Paling Ditakuti oleh Photographer, Graphic Artist dan Blogger
  9. Kamera yang Boleh Menghentikan Masa
  10. Asas-Asas Komposisi Dalam Fotografi

23 Comments to “20 Perkara Yang Aku Belajar Mengenai Fotografi”

#1 Posted by hymeezam (15 October, 2011 at 1:31 pm )

bagus info ni pendek n padat

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 17th, 2011:

thanks ;)

#2 Posted by akubiomed (16 October, 2011 at 12:09 am )

Tip yang boleh diamalkan untuk saya yang baru sahaja berjinak-jinak dengan kamera DSLR
Entri Terkini akubiomed – Cadangan MyKad baru kepada JPNMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 17th, 2011:

selamat beramal..hehe..

#3 Posted by Norizwan (16 October, 2011 at 8:30 am )

thanx bro…saya selalu guna uv filter waktu malam huhu….lain kali tak wat lagi….
Entri Terkini Norizwan – Misteri mayat di atas kubah Masjid NabawiMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 17th, 2011:

kalau pakai uv waktu malam,kadang2 nampak reflection, tapi kalau uv filter yang mahal rasanya takda masalah kot..

#4 Posted by faizul (17 October, 2011 at 7:15 am )

gambar posing adalah membosankan, candid lebih baik ~ aku setuju! bagus idea ni.
Entri Terkini faizul – Microsoft tawar Windows Phone kepada pengguna Blackberry yang kecewaMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 17th, 2011:

thanks..hehe :)

#5 Posted by Paichow (18 October, 2011 at 4:22 pm )

bagus2

[Reply]

TarmiziShukri reply on October 19th, 2011:

thanks.. ;)

#6 Posted by sis92 (29 October, 2011 at 6:41 pm )

salam TS..
sis ada sedikit prob bila nak shoot gambar malam dan dalam masa yang sama ada moving subject..
contoh macam nk shoot dekat funfair..
hrp TS boleh bagi tips sikit :)
terima kasih :) Entri Terkini sis92 – HATI berbunga-bunga jumpa incik Fizz Fairuz ^_^My Profile

[Reply]

#7 Posted by ustaz jaafar (31 October, 2011 at 12:54 pm )

assalam mizi..lama sy tk singgah:)..cari masa utk baca blog kamu kejap..kamera tk digalakkan sangkut dileher..tapi lilit dilengan..adakah ni faktor keselamatan atau bergantung keselesaan individu?boleh citer sikit..ramai jgk yg tertanya2 tu kot..:)

[Reply]

Hafiez reply on November 2nd, 2011:

yup… aku pun nk tanya yg tu gak. respond pls.

TarmiziShukri reply on November 2nd, 2011:

satu sebabnya tak selesa sbb dslr kan berat.. satu lagi tali tu mengganggu terutama bila nak shot potrait.. kalau tak caya, cuba sangkut dslr kat leher.. & ambik gambar potrait ;)

sebab tu pro2 tak pakai tali tu, biasanya diorang bukak je, ganti dengan handgrip…

#8 Posted by Ahmad Uzair (2 November, 2011 at 10:50 pm )

erm saya pnya uv filter tak leh bukak..mcm mne nk buat?
Entri Terkini Ahmad Uzair – #7 Wordless Wednesday : Ingat Kau Je Ada Awek?My Profile

[Reply]

#9 Posted by e'zani (7 November, 2011 at 1:07 pm )

np kemera x jgn gantung pd leher. kn 2 lbh selamat.
klu pgg blh terlepas n jatuh.

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 7th, 2011:

sbb tu suruh lilit kat tangan..

#10 Posted by amy Othman (7 November, 2011 at 1:11 pm )

Uv filter x blh pakai waktu malam..?? hbis 2 na pakai filter apa? nak kna bli filter lain ke??
Cahaya lampu s’ll ganggu gambar :(

[Reply]

#11 Posted by KhatGrafik (9 November, 2011 at 1:19 am )

Salam, terima kasih untuk tips mengenai fotografi ni.. baik sekali :) Entri Terkini KhatGrafik – Cara Membersihkan Cookie Pelayar WebMy Profile

[Reply]

#12 Posted by ridzuan mohamed (10 November, 2011 at 10:13 am )

K.I.I.S~huhu..tq sifu…info yang best… :)

[Reply]

#13 Posted by Amirez (24 November, 2011 at 9:36 am )

thanks bro, tips berdasarkan pengalaman memang mahal dan berbaloi
Entri Terkini Amirez – Dari Arab Saudi ke MalaysiaMy Profile

[Reply]

#14 Posted by atiq (19 March, 2012 at 10:00 pm )

salam. nak tanya kalau tngkap gambar mlm yg ade bnyak cahaya mcm dkt ICT shah alam tu guna teknik mcm mane eh?

[Reply]

TarmiziShukri reply on March 24th, 2012:

kena pakai tripod & slowshutter








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: