TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / 11 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Membeli Kamera

11 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Membeli Kamera

Oleh Tarmizi Shukri 26 Comments

Kongsi:
Facebook1
Twitter0
Pinterest0

Entri kali ni khusus untuk mereka yang ada kamera dan menjadikan fotografi sebagai hobi atau kerjaya sampingan. Pastinya ramai di antara kita bila nak beli kamera sama ada compact atau dslr akan membuat plan yang rapi terlebih dahulu.

Bermula dari harga, brand, dan kedai, semuanya akan diteliti sebelum korang beli, betul tak? Sebab pelaburan nak beli kamera ni bukannya sikit, terutama yang beli dslr. So planning sebelum nak beli tu memang wajib.

Tapi tak ramai yang buat planning lepas beli kamera. Kenapa perlu plan selepas beli, nak plan apanya? Dah ada kamera shot je la, kan? Memang betul, lepas beli kamera tu, kenalah keluar “menembak”, tak kan nak simpan bawah katil.

Ada perkara-perkara yang kadang-kadang saya sendiri pun terlepas pandang yang menyebabkan mood “menembak” tu akan hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya kamera yang kita beli beribu-ribu tu akan terperap di dalam beg macam tu je. So apa yang perlu kita buat lepas beli kamera?

1. Baca manual

Haa.. Ni saya confirm ramai yang tak baca manual lepas beli kamera, sebab saya pun macam tu..hehe. Terus terang bagitau kali pertama saya sentuh manual kamera setelah 6 bulan saya beli kamera (sony a300). Lepas baca manual baru saya faham 100% macam mana nak guna kamera sony tu.

So tak kisahlah korang beli compact atau dslr, wajib baca manual sebab dalam manual tu ada 1001 tips dan pantang larang mengenai kamera yang korang beli.

2. Bawa kamera ke mana saja

Jadikan kamera sebagai kawan baik. Bawak ke mana saja korang pegi.Β  Kadang-kadang gambar yang menarik terhasil dari situasi yang tidak dirancang. Apalah guna beli kamera mahal-mahal tapi simpan kat rumah?

3. Sertai forum

Ada banyak forum dan komuniti yang berkaitan dengan fotografi di luar sana. So far yang saya dah join ialah PhotoMalaysia dan Alphanatics. Kat forum korang boleh belajar secara terus dengan otai-otai dalam bidang fotografi. Berkawan dengan semua orang yang ada dalam forum tu, jangan jadi stalker je, join sekali dalam perbincangan sambil bertukar-tukar pendapat.

Selain tu, kat forum ni biasanya ada ruangan “Buy & Sell”, so korang boleh usha-usha aksesori kamera seperti lens, flash dan sebagainya. Yang paling bestnya, kalau korang aktif dan friendly dalam forum, senang je nak beli aksesori dengan harga yang murah.

4. Tubuhkan kumpulan

Cuba tubuhkan kumpulan sendiri, so bila nak keluar shooting taklah sorang-sorang. Mungkin ada yang selesa shoot sorang-sorang, tapi percayalah, kalau keluar ramai-ramai lagi syok. Sambil-sambil shoot, korang boleh bertukar-tukar idea sesama sendiri. Jangan lupa beri nama kat kumpulan korang tu, nak lagi best, buat logo dan tshirt sendiri.

6. Kongsi

Bila dah shot banyak gambar tu, jangan pulak korang perap dalam hardisk, cuba kongsi gambar-gambar yang ada dengan mengupload di laman web seperti flickr, picasa, facebook dan sebagainya. Bila dah upload tu, mintak kawan-kawan bagi kritikan.

Mungkin ada yang akan komen secara positif tak kurang juga komen negatif. Terima kritikan yang korang dapat dan jadikan sebagai panduan untuk memperbaiki skill korang.

7. Masuk pertandingan

Join seberapa banyak pertandingan yang boleh. Biasanya kat forum-forum pertandingan diadakan tiap-tiap bulan, dan hadiah memang lumayan. Kalau kat photomalaysia, hadiah bulanan biasanya photo printer, dan kalau alphanatics, diorang bagi external flash. Untuk hadiah tahunan pulak lagi lumayan, sebijik DSLR. Mana tau rezeki korang menang, tak salah mencuba.

8. Blog

Kadang-kadang gambar yang korang shot ada 1001 cerita disebaliknya dan kalau korang upload kat flickr dan picasa, tak banyak yang korang boleh bebelkan. Jadi buat satu blog untuk tujuan itu. Kadang-kadang sesuatu gambar akan lebih bermakna jika ada cerita disebaliknya, walaupun sebenarnya gambar tu kurang menarik.

Selain tu korang boleh kongsi tips-tips fotografi yang korang dah belajar, seperti apa yang saya buat sekarang. Tak semestinya nak tunggu jadi pro baru nak kongsi. Betul tak?

9. Print

Gambar yang korang ambik tu ada baiknya korang print besar-besar. Sebab dari pengalaman saya, bila korang tengok kat skrin komputer dah yang di print, korang akan lebih seronok tengok yang dah di print. Saya sendiri baru first time print gambar tahun ni, memang lainlah feel tu sebab nampak lagi cantik dan menyerlah.

Lepas print tu kalau boleh gantung kat dinding. So orang lain pun boleh tengok sekali hasil kerja korang. Mana tau ada yang nak beli kan?

10. Keep reading

Dalam apa-apa bidang pun, kalau nak cepat mahir kena rajin membaca. Lebih-lebih lagi pada zaman ledakan maklumat ni, banyak maklumat boleh didapati hanya dengan satu klik. Tapi kena pandai-pandai tapis maklumat yang korang dapat, sebab tak semua maklumat di internet betul. Laman web yang menjadi rujukan utama saya ialah “Digital Photography School”.

Banyak tips dari photographer seluruh dunia di publish di website ni dan saya galakkan korang langgan artikel dari DPS. Tiap-tiap minggu DPS akan bagi himpunan tips berguna kat korang. Tapi jangan lupa teruskan membaca blog saya ni..hehe.

11. Bengkel Fotografi

Baca sahaja tak cukup, cara paling cepat nak belajar adalah dengan menghadiri bengkel fotografi. Untuk menyertai bengkel fotografi anjuran saya sendiri, boleh rujuk di sini.

*****

Rasanya tu je kot yang saya nak kongsikan. Apa yang saya kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang yang masih baru dalam bidang ni. Kalau korang nak kongsi apa-apa je, jangan segan silu tinggalkan di ruangan komen. πŸ™‚

Related

Filed Under: Fotografi28/08/2010

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. amirathul says

    29/02/2016 at 2:32 AM

    Saya guna canon 1100d pastu kat tepi2 skrin ada gelap knp ya?

    Reply
  2. noraynee roslan says

    17/04/2015 at 6:15 AM

    salam ,, bagus blog anda ni. Banyak info utk begginer mcm saya. Best! Harap dihalalkan bila saya buat copy dri blog anda. Sebagai nota utk saya dan org lain. Teruskan berkongsi ya. Saya akan selalu dtg sini. Thanx πŸ˜€

    Reply
  3. Amirayn says

    08/07/2013 at 3:16 PM

    Buku manualguide aku dlm bhse jepon. Warghhh caner niii

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/07/2013 at 2:04 PM

      boleh download..

      Reply
  4. ameera says

    10/05/2013 at 8:51 AM

    First time baca blog ni…suka krn info yg simple tp sgt bermanfaat. TQVM bro…

    Reply
    • TarmiziShukri says

      10/05/2013 at 12:57 PM

      sama2.. datang lagi..hehe..

      Reply
  5. Nden says

    15/01/2013 at 2:31 PM

    Banyak yang boleh belajar dalam web ni, thanks sebab wujudkan camerainfo web ni.

    Reply
  6. Amer Asyraf says

    01/05/2012 at 10:41 PM

    hahha.. yang beli camera mahal2 lepas tu simpan kat rumah 2… saja nak tunjuk beli ja tu.. hahaha

    entri nie ada isi dan lawak2.. hahahaha

    note:: x membosankan.. dan ak pasty.. kau hebat. en. tarmizi.. hhihi

    Reply
  7. yuyu says

    29/09/2011 at 8:15 AM

    salam….ada wat bengkel x? nk join la….saya berminat…hehe

    Reply
    • TarmiziShukri says

      29/09/2011 at 10:50 AM

      bengkel tu takde kot, tp kalau nak outing tu bolehla.. πŸ˜‰

      Reply
  8. cik lilo says

    21/08/2011 at 9:46 PM

    Wow…sy suke ngat bace blog ni. byk sgt info2 tutame sy yg btl2 zero from the bottom..
    thanks yep… keep writting, luv to read it!! sy ad copy skit nota2 awk, jz for my input in pocket, harap dihalalkan.. =)

    Reply
    • TarmiziShukri says

      21/08/2011 at 10:25 PM

      thanks a lot πŸ™‚

      Reply
  9. nadia says

    15/06/2011 at 2:07 PM

    ehh mne entry yg pasal tgkap gamba gune cahaya tu eh?????ala..baru nk blaja.

    Reply
  10. akmalrayyan says

    24/03/2011 at 2:23 PM

    tips yang best . hehehe πŸ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      30/03/2011 at 7:32 PM

      thanks πŸ™‚

      Reply
  11. leha says

    19/01/2011 at 11:39 AM

    thanx info yg sgt best..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      19/01/2011 at 3:46 PM

      sama2 leha πŸ˜‰

      Reply
  12. nasyrah says

    22/12/2010 at 11:42 AM

    sy bru nk beli dslr ni…tp pening r nak yg mana 1…any suggestion? sy x tau yg mana elk, ada yg kata sony elk tp x rmai pkai n brg susah,canon pn elk, nikon lak sparepart susah…tolong….

    Reply
    • TarmiziShukri says

      23/12/2010 at 12:31 AM

      semua kamera sama je, tapi kalau beginner, saya prefer sony, sebab senang nak faham πŸ™‚

      Reply
  13. TarmiziShukri says

    31/08/2010 at 4:27 PM

    pakai hood yg mmg dah skali dengan lens, biasanya kalau kitlens hood jenis petal. Kalau zoom baru yg bulat tu..

    Reply
  14. chentajepang says

    31/08/2010 at 8:02 AM

    bro leh wat topic pasal lens hood lak x??.. aku pakai nikon d3000 lens kit, tp confius la nk pakai yg maner satu petal ker circle??….

    Reply
    • TarmiziShukri says

      31/08/2010 at 12:10 PM

      kitlens d3000 ada dua hood ke?

      Reply
    • chentajepang says

      31/08/2010 at 1:14 PM

      satu jer… tp maner satu yg sesuai??… yg bentuk petal ker??.. yg bentuk rubber circle??..

      Reply
  15. tengkorak emas says

    28/08/2010 at 7:07 PM

    thanks atas tips tu bro, memang bagus, banyakkan tutorial lagi ye,

    saya belajar buat bokeh dari blog ni walaupun tanpa dslr πŸ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      28/08/2010 at 7:16 PM

      Takde dslr pun takpe, digital kamera sebenarnya lagi senang nak buat bokeh kalau pndai setting πŸ™‚

      Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
Β© 2009 - 2014 Β· Hakcipta Terpelihara Β· TarmiziShukri's Blog Β·