TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Fotografi / 10 Tips Penjagaan Kamera

10 Tips Penjagaan Kamera

Oleh Tarmizi Shukri 143 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Bila dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu korang patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah korang beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang korang laburkan untuk beli kamera.

Kadang-kadang saya sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah lelaki kan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah habis kira-kira 4 ribu untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti rosak sendiri jugak yang susah.

Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada.

So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini saya nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.

1. Bersihkan lepas guna

Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.

2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan

Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..

3. Elak terkena air

Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan.

Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.

4. Lilit, jangan gantung

Lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali. Lagi satu, jangan gantung kat leher, kot-kot kena ragut, tercabut pulak kepala tu.

5. Gel Silika

Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.

6. Filter

Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.

7. Screen Protector

Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, tsayat2 terhentak screen tu, takla pecah.

8. Pasir

Kalau boleh elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah-celah lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.

9. Jangan, jangan dan jangan

Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.

10. Sejuk ke panas

Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas.

Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlsaya, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

InsyaAllah kalau sempat saya akan tunjuk cara nak bersihkan kamera dengan betul. Kalau korang ada tips-tips lain, boleh kongsi kat blog ni.

Related

Filed Under: Fotografi, Tips & Tutorial22/07/2010

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. Lyn says

    09/08/2016 at 6:30 PM

    Lens kamera rosak boleh jual ke??

    Reply
  2. Sofeanna says

    28/06/2016 at 10:56 AM

    Salam bro..nak tanya ni..knp sy punya button on/off gagal bfungsi?? Pening dbuat nya.. kna cabut betri dku bru dpt nk off camera tu.. sy guna dslr a350 sony.. trina ksih

    Reply
  3. farhana says

    26/06/2016 at 1:45 AM

    nak tanya. sy dah lama tak sentuh kamera ni dlm 1 tahun. then sy jumpa tu, nk charge. tp bateri dia mcm tersekat kt dalam. ada cara lain tak selain pergi ke kedai dan baiki?

    Reply
  4. Ilhan says

    24/06/2016 at 3:02 PM

    Hello bro… nak tanye, nikon d50 kalau sye tekan butang shutter,shutter tak berfungsi, tapi bila mirror lock up shutter tu berfungsi.. knape ye?

    Reply
  5. rnaqi says

    15/02/2016 at 3:48 PM

    hi, gigih saya meng-google. saya ada pertanyaan sedikit. saya ada sebuah kamera dslr, jarang digunakan. setahun sekali agaknya. isunya, last saya guna saya akan cabut bateri semua. simpan elok2 dalam bag. baru2 ni saya on, nak try lah snap2 gambar kan..

    ada hitam dekat gambar2 tu, susah saya nak explain. seolah2 bila kita edit gambar, kita letak vignetting..dia bulat hitam tepi. rosak ke?

    Reply
  6. Flame says

    26/01/2016 at 10:42 PM

    Salam bos.mcm mna naik baiki lens camera hang/stuck masa nk off camera.lens x nk msk dlm cmra.

    Reply
    • farhana says

      06/02/2016 at 12:05 AM

      hai. saya pakai kamera nikon d5100. bila ambik gambar jadi setengah gambar jadi hitam setengah lagi gambar dia ok. kenapa jadi macam tu. kalau repair mahal tak?

      Reply
  7. man says

    17/01/2016 at 8:49 PM

    salam bro.. kalo camera 1100d canon kat screen jadi kecil, tepi2 smua jadi hitam napa yer?? mahal x kalo repair??

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      18/01/2016 at 1:35 PM

      Ada gambar tak?

      Reply
      • aiin says

        23/01/2016 at 5:44 PM

        KAMERA SY PON JD MCM TU..

        Reply
      • rieyzana says

        29/11/2016 at 7:16 PM

        saya pakai nikon d3100 second hand.. boleh snap pic tp bila tgk balik kat atas gambar ada warna hitam.. kekadang tu kat sblh tepi pun.. kenapa ya?

        Reply
  8. mieraa says

    04/01/2016 at 11:43 PM

    Hai nak tanya saya punya canon dslr pastu kat tepi2 belah dalam screen mcmada benda hitam. adakah itu kulat?

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      18/01/2016 at 1:36 PM

      Ada gambar?

      Reply
  9. imran says

    06/11/2015 at 1:31 AM

    Assalam ..nape 600d sy xbleh on lpas caj dan sy letak di dlm dry box..ada tak cr lain untuk baiki

    Reply
  10. Asmah says

    25/10/2015 at 8:28 PM

    Assalamualaikum,kamera saya D3200..ada line merah kt skrin…saya beli secondhand…masa beli tak perasan…lepas 2 kali pakai…barulah perasan…tanya pendapat kawan2…lens ok…masalah skrin…je…berapa kos kalau nak tukar…
    Adakah akan beri efect pada gambar….harap En.tarmizi dapat membantu…
    Pening kepala memikirkan….

    Reply
  11. Naz says

    25/10/2015 at 1:57 PM

    Kt mana nk beli Gel Silika ye??

    Reply
  12. ayen says

    10/01/2015 at 2:50 AM

    Salam. Nk tanya.. sy guna kmere nikon d3100.slama ni guna AF je. One day, tetiba Auto fokus sy tkleh guna lps sy try manual dlm ms shari. Tapi bila zoom dlm 30mm boleh guna pulak tp kdgΒ² je boleh. Klau lens tu rosak brapa hrga nk repair? Tq

    Reply
  13. fyd says

    27/11/2014 at 12:33 AM

    Asslm..mohon bantu.
    kenapa screen tetiba mengecil ie bila view gambar setiap bucu screen berwarna kabur kehitaman (spt kedudukan dlm bulatan. Sy pakai nikon D3100, sebelum ni full screen bila view gambar.. Tq

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      01/12/2014 at 11:36 AM

      Cuba reset setting kamera, kalau masih ada simptom yang sama bawak ke Nikon Center.

      Reply
  14. arman says

    29/08/2014 at 9:06 PM

    tolong bg tau cara nak hilangkan tanda [?] pda nikon d5100
    sy dah buat auto flash tetap xbuka juga

    Reply
  15. arman says

    29/08/2014 at 8:42 PM

    salam
    knpa camera nikon d5100 sy xleh buka flash? pdahal sy dah buat auto

    Reply
  16. atulwenyz says

    17/08/2014 at 3:39 PM

    Salam , nak tny ni . Sy pakai eos 1100d. Knpe tak boleh nak guna auto focus ya ?

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      19/08/2014 at 1:59 PM

      Tengok kat lens suis AF tu on tak. Kalau on masih tak boleh autofocus mungkin lens rosak.

      Reply
  17. syu says

    25/04/2014 at 9:54 PM

    salam..ape solution nye kalau button dalr saye msuk pasir..pastu die akan halfpress je..camne nak buangkan pasir tu ek..?

    Reply
  18. koi says

    14/02/2014 at 6:24 PM

    kamera tak boleh on ape punca ehh even dh tukar bateri , keluarkan sd card then msok kn blek still tak boleh on and mcm mana nk solve selain dari hntr kedai. thankz.

    Reply
  19. valentine says

    08/02/2014 at 12:55 PM

    halo.. salam sejahtera. mohon bantuan, autofocus camera canon 500D saya tidak boleh berfungsi. sekarang ni saya hanya menggunakan kaedah manual. boleh ajar tak macam mana nak hidupkan autofucus tu? dan jika masih tak berfungi apakah yang menyebabkan kerosakkan autofucus tersebut? tq

    Reply
    • TarmiziShukri says

      08/02/2014 at 4:25 PM

      reset setting kamera, kalau tak boleh mungkin lens tu dah rosak, sama ada masalah gear AF atau litar elektronik.

      Reply
  20. yazid says

    26/01/2014 at 7:13 PM

    assalamualaikum tarmizi..shutter mirror saye ade bintik2 hitam la..bile saye view tnpa live view mengganggu pemandangan..bile live view ok je..gmba pon xde masalah..mcmmane nk bersihkan ye? nk kene hantar kedai ke bole buat sendiri je?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      08/02/2014 at 4:22 PM

      cuba guna blower, kalau tak boleh hantar kedai, saya tak galakkan cuci cermin tu sendiri sebab mudah calar.

      Reply
  21. yazid says

    26/01/2014 at 7:11 PM

    assalamualaikum

    Reply
  22. yop says

    22/09/2013 at 2:56 PM

    salam…. nak tanye saya ade lens 18-55mm.. auto focus rosak laaa… kejap boleh gune autofocus kejap tidak boleh laaa… nape yeee…….nak kate lens jatuh.. x penah….

    Reply
    • TarmiziShukri says

      22/09/2013 at 3:49 PM

      kalau dah rosak tu tak payah fikir, hantar je kedai πŸ™‚

      Reply
  23. afiq says

    17/09/2013 at 6:26 PM

    salam..ermm..apa name yg kat ats sensor yg cermin tu ek?..sy baru perasan la ada bintik2 htam dekat situ..mcm mana cara nk bersihkn die?..pergi nikon centre td diorg kata diorg xleh wat..nape ek?..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      22/09/2013 at 2:00 PM

      shutter mirror, mungkin dust atau fungus, boleh buang pakai cotton bud atau lens pen yg kecik. kalau tak yakin hantar kedai.

      Reply
  24. fiza says

    16/09/2013 at 12:42 AM

    Salam , thanks for the tips.. πŸ™‚ mmg berguna πŸ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      17/09/2013 at 10:48 AM

      sama2 πŸ™‚

      Reply
  25. ridduan says

    29/08/2013 at 12:30 PM

    Salam mizi..nk tny..klu pasir trmasuk dlm motor lens cmne nk wt ea??xtau ap nma ny kt lens..bla nk psing2 kn lens 2 ad bnyi2 msuk psir la kra ny..law anta kdai bpe kna ea?xpn bleh brsih kn sdri?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      29/08/2013 at 4:27 PM

      better hantar kedai, kalau tak nanti gear fokus tu rosak.. kalau ada warranti free, kalau takda tak sure berapa, dalam puluhan ringgit je..

      Reply
  26. Ismani Ismail says

    19/08/2013 at 3:59 PM

    Terima kasih atas infonya…

    Reply
  27. Chiedah says

    01/08/2013 at 8:54 AM

    Salam, sy nk tny, sy just gne kamera Nikon Coolpix S220, die de problem “lense error” now lense die x leh masuk balik, stuck. If anta kedai agak2 berapa ye die cas? TQ =)

    Reply
  28. Hanim says

    31/07/2013 at 9:17 AM

    Salam,
    Saya ada buat DIY Dry box sendiri dulu tak pernah ambik tau nak jaga kamera betul-betul letak merata tempat sampai rosak lens kena fungus. Soalan yang saya nak tanya kalau Hygrometer tu lebih /terkurang untuk setting yang betul dalam Dry box apa perlu buat. Tukar silica ke?

    Reply
  29. Merida Rara says

    26/07/2013 at 4:03 PM

    sorry tp bukan lens yg prob kat lcd camera. mcm ana tu ea ?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      26/07/2013 at 5:27 PM

      lcd ada fungus?

      Reply
  30. Merida Rara says

    26/07/2013 at 3:59 PM

    oww mcm tu ek.. drybox tu na crik kt mana ea..,,btw thanks 4 info.. hehe

    Reply
  31. Merida Rara says

    26/07/2013 at 2:45 PM

    as salam tuan empunya blog , sy sales assist camera tny ade sorang cust ne pny prob dlsr dye saya rasa da ken fungus kot then da hantar tuk repair tp x nbersih sepenuhnya.. apa lg bengang la dia then dye tny mcmanA benda tuh boleh jd sdgkn dye baru jea beli n jarang pakai. please help me how to xplain to cust..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      26/07/2013 at 2:54 PM

      Wsalam. Sebab dia jarang pakai la lens kena fungus. Lens kalau tak pakai kena simpan dlm drybox. Kalau peram dalam beg dan tak dgunakan dalam masa yang lama memang senang kena fungus. Bagitau mcm tu πŸ™‚

      Reply
  32. Wak jawa says

    20/07/2013 at 10:02 PM

    Ke ade perlu setting pape

    Reply
    • TarmiziShukri says

      23/07/2013 at 2:16 PM

      LCD kamera kadang2 memang menipu, nampak cantik tapi kat laptop tak, color tak sama dgn LCD komputer..

      Reply
  33. Wak jawa says

    20/07/2013 at 10:01 PM

    Taye bro pki kamera ape?pas tu saya pakai 600d ambik gambar memang cantik dalam kamera.tapi bila pindah kat laptop gambar xsama macam dalam kamerae masalahye yer?nak kata prob kamera x,sebab kamera baru

    Reply
  34. Eka Remy says

    27/06/2013 at 12:08 PM

    lense saya mcm dah masuk habuk walaupun dah guna filter.. pelik jugak la.. dari mana dia masuk pun tak tahu….

    Reply
    • TarmiziShukri says

      02/07/2013 at 2:48 AM

      habuk boleh masuk dari pelbagai tempat..

      Reply
  35. firdaus khalid says

    20/05/2013 at 6:58 PM

    bro..bile focus nk amik gmbr gune viewfinder letak kt mte nmpk..ade bintik kecil 2 or 3 biji sebelah kiri..bile tgok kat screen xde plak..

    ape tu bro??

    Reply
  36. acip says

    08/05/2013 at 5:37 PM

    apa jenis lens yang nmpak mcm bulat to? sesuai ke untuk canon eos 550d

    Reply
    • TarmiziShukri says

      10/05/2013 at 12:57 PM

      tu lens fish eye.. semua kamera leh masuk.

      Reply
  37. zuenisha says

    21/03/2013 at 11:55 PM

    Sori… tanye lagi utk kompomesyen. Ha?? bawak pakai tangan jer? mksudnye x perlu letak dlm beg camera la yer? n then nt dah kua flight kite masukan balik dlm beg camera tu utk beberape jam. Camtu ker? huhu… hmm towel blh gune tak utk balut? ker hentam kain batik pon blh. owh.. yup! bisik gel silikon.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      22/03/2013 at 8:07 PM

      letak dalam beg.. πŸ™‚

      Reply
  38. zuenisha says

    19/03/2013 at 9:35 PM

    Assalamualaikum… (^_^) Takut plak bila bca entry ni. Hmm…en.Tarmizi nak tanye sket ni. Sy baru beli camera canon eos 550d. Secondhand jer la sb xtahu menahu sgt tntg dslr ni. Tgok org pakai cam best jer, Sy pon nak jgak Hehe. Dan agak best jgk la kualiti video canon 550d ni. Soalan sy..Nt insyaAllah bln May ct sek sy nak blk semenjg. Camane ea cara nak jaga camera bile naik flight. Letak dlm lugage buleh ker? Dlm flight sejuk. Perlu balut ng kain ker. takpun kne bwk ke hulu ke hilir beg camera yang besar tu. Aduii laa.. Blh en.Tarmizi bagi tips tak. Peliss sesangatt bagi tips ye. Syukran =)

    Reply
    • TarmiziShukri says

      21/03/2013 at 12:45 AM

      kamera better bwk tangan je.. biasanya sy akan balut dengan kain supaya kamera tu tak sejuk sangat. lepas klua dari fligt, biarkan kamera dalam kamera untuk beberapa jam. jangan lupa letak gel silikon πŸ™‚

      Reply
  39. Ultrabook2u says

    14/03/2013 at 2:09 PM

    tip yang menarik dan banyak memberi manfaat pada kita semua

    Reply
  40. Liza says

    07/02/2013 at 10:26 PM

    Mohon share? DSLR Liza baru je jammed, xleh on.

    Reply
  41. Hang Tuah says

    29/01/2013 at 11:05 AM

    salam..

    saya nak tanya, saya nak beli kamera boss saya cannon 1100D.tapi die selalu simpan dalam kereta,suhu persekitaran kadang2 panas, pastu hujan sejuk plk..ade ape2 effect tak?tolong bg jwpn segera..saya ingin beli dalam minggu ni…terima kasih..@@)

    Reply
  42. mr nobody says

    28/12/2012 at 12:25 AM

    salam bro..filter memg dh ad ke msih bli or kne bli…

    Reply
  43. tatung says

    10/12/2012 at 11:44 AM

    kalau kita tak guna kamera dan simpan dalam beg ja untuk waktu yg lama boleh ka>>>

    Reply
    • TarmiziShukri says

      13/12/2012 at 5:25 PM

      boleh tp tak digalakkan..

      Reply
  44. green says

    19/11/2012 at 3:08 PM

    salam..tumpang tanye..sy guna D90, kamera tu jatuh tp still boley ambk gambar..msalahnya sy rse kualiti gambar yg diambil sekarang xsame mcm dlu..lebih banyak noise..ape masalahnya tu?dan brp anggaran klau anta service?

    Reply
    • faziejan_upsi says

      28/11/2012 at 11:07 AM

      saya pun dpt mslh yg sama kt d5100 saya ne.. apa problem ya?? admin-help plz..

      Reply
  45. mira says

    11/11/2012 at 6:12 PM

    ari tu masuk snowwalk bwak bwak dslt..ble kuar je die berwap…tp kitorg biarkan je..stakat lap gitu-gitu je…ad efek kat sensor x?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/11/2012 at 4:03 PM

      tak efek sensor, biasnya akan efek lens

      Reply
  46. Nur says

    01/11/2012 at 9:25 PM

    Salam singgah.. Sememangnya blog ni sangat bermanfaat. Terima kasih di atas semua perkongsian tips dan cara penjagaan kamera.

    Reply
  47. jue says

    08/10/2012 at 5:13 PM

    Assalam…hri tu sy pegi i-City n jln2 d snow walk..sy pki cmera canon 1100..fes2 gna ok je..bla da lma dlm tu, cmre tu xblh pki auto fokus..knp ye?kluar dri sna cmre ada wap air.smpi uma sy trus kringkn..brsihkn apa yg ptut..klu gna mnual ok jer..tp bla nk autofokus da xboleh..knp?help me :(…blog awk bgus sgt2,bnyk info ^^

    Reply
  48. Zalita Md Lassim says

    23/09/2012 at 8:14 PM

    Blog yang sangat bermanfaat.TQVM.

    Reply
  49. annyss says

    14/09/2012 at 11:01 AM

    salam,nak tya sikit. mcmna ye nk bt kalau camera terkena air,pastu bila on kt skrin dah display ‘err’..ap makna ny tu?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      16/09/2012 at 2:49 AM

      “err” tu “error”.. kena hantar kedai, maybe hardware problem..

      Reply
  50. Adi says

    10/09/2012 at 11:14 PM

    Salam bro, tumpang tanye, knp bila sy naikkan shutter ke 1/1000 ke atas dan aperture f22, ada line xberapa jelas yg keluar? Tp bila sy turunkn shutter 1/160 xkuar plak. Itu tanda sensor sy bermasalah ke?

    Reply
  51. pipi_pipo says

    09/09/2012 at 1:41 AM

    salam, klau blower tu utk blow lense.. yang kain, putik kapas and something like air2 gitu utk apa? ble guna utk lap lense kah? ~~menakutkan~~
    ~amboi byknya tips y sy xpernah taupun.. especially..suhu dan kulat.. trimas byk3~

    Reply
  52. haziman says

    03/09/2012 at 1:27 PM

    saya pakai camera canon 1000d,saya simpan camera dalam kereta agak dalam 2 hari tanpa keluarkan bateri dalam camera…so, masalah saya apabila saya mahu hidupkan camera ia tidak berfungsi….adakah disebabkan saya letak camera terlalu lama dalam kereta @ suhu yg terlampau tinggi dipersekitaran?bolehkah saudara tarmizi membantu?

    Reply
  53. frhna says

    22/07/2012 at 9:17 PM

    salam, kamera saya ade masalah sikit ni. mase nak ambil gambar, tak berapa jelas objek yang kita ambil gambarnya tu kat skrin kamera . tapi, bila masukkkan gambar2 yg dah diambil tu kedlm komputer, gambarnya jelas je. kamera saya jenis kamera kompak Panasonic DMC-TZ15 .
    boleh tak bro explain kat saya masalah kamera saya ni pastu cara nak perbaiki kamera ni .
    tolong saye bro…><

    Reply
    • TarmiziShukri says

      29/07/2012 at 2:16 AM

      maybe ada masalah pada skrin kot..

      Reply
  54. lan_bagero says

    22/07/2012 at 8:43 AM

    assalam bro..sy br nk jinak2..skrg guna sony a35..bila amik gambar ada dot macam taik lalat warna kelabu..nape ek..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      22/07/2012 at 4:14 PM

      sensor masuk habuk.. blow pakai blower je..

      Reply
  55. Syahirah says

    20/07/2012 at 9:53 PM

    bro. saya guna DSLR canon, dia punya autofocus tak berfungsi, dia boleh pusing ke kiri je, ke kanan tak boleh. Apa patut buat ya ?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      29/07/2012 at 2:17 AM

      maybe motor autofokus tu rosak, hantar kat kedai yang boleh repair lens, itu je caranya..

      Reply
  56. Rahmat says

    08/07/2012 at 2:28 PM

    Salam, sya baru saja beli camera eos 1100d jew. Tak mahal seperti korang punya pyn. hehe ! serius, haram jadah satu pun aku tak tahu tentang penjgaan camera. Tapi selepas baca awak punya, dapat la jugak in4 berkaitannya. hehe. btw, nak tanya kalau kita tak guna camera tu terlalu lama, simpan dalam beg dia tak ape ka?

    Reply
  57. sidique says

    21/06/2012 at 11:48 AM

    nak tnye,,kalau camera trjatuh dlm air skli body ngan lense,ade hrapan kew nk repair blik…kbetulan yg jtuh dlm air sbbkn kmlngan kcil…boleh ke or x servis?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      24/06/2012 at 1:47 PM

      boleh hantar servis.. tapi mungkin mahal kot cas dia, yg penting jangan cuba on kamera tu..

      Reply
  58. Syaakirah says

    10/06/2012 at 12:59 AM

    Salaam..bro nk tnya skrg kt uk suhu bwah 10c camera slalu problem ” error on lens contact n camera ” cmnenk buat?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      10/06/2012 at 2:45 PM

      bukak lens dah bersihkan bahagian yg connect dgn body, yg tembaga tu.. klu still problem, kena bungkus kamera tu dlm kain atau beg kalau tak digunakan..

      Reply
  59. mizkodox says

    04/06/2012 at 12:26 AM

    salam… en tarmizi, camera saya terkena fungus body dan lens… agak2 klu htr service berapa rm ye…. sblm ni memang tak jga pn camera tu.. main letak merata je, ada beg camera pn sy tk guna, klu jln baw camera sy letak dlm handbeg je…. skrg dh terkena fungus sedih le pulak, huhuhu agak2 berbaloi tk klu htr service sb lens (kit lens je) pn dh tak boleh auto focus(rosak).. better beli bru sx ngan body rasanya lebih berbaloi ke atau cm mana.. skrg guna canon D1000 je… saya nk minta pendapat en tarmizi boleh… tq

    Reply
  60. zan says

    09/01/2012 at 11:59 PM

    oh yea. fungus tue apa pulak? sbb sy tadi try snap then gmbr asyik blur. sbb fungus ke ? πŸ™‚ helpppp :/ esok dah nak reserve cmera tue.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      11/01/2012 at 11:41 AM

      fungus tu kulat, better bwk kwn yg pandai pasal kamera kalau nak beli kamera.

      Reply
  61. zan says

    09/01/2012 at 4:08 PM

    salam. nak tanya sikit. sy nak beli dslr second hand., ikut bajet πŸ˜€ then, sy test byk blur. and sy tgk dkt lens dea ada cap jari. cuba terangkan. apa masalah dia. or apapa jela yg berkaitan dgn yg sy tnya ne πŸ™‚ tq πŸ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/01/2012 at 6:29 PM

      blur? susah nak bagitau apa punca, mungkin out of focus, atau setting2 lain, kalau setakat cap jari gambar tak blur.

      Reply
  62. maria says

    31/12/2011 at 1:17 PM

    nak tanya ,hari tuh saya ade pergi ke snowalk ict ,bawak kamera sekali ,then bila keluar dari situ .kamera berwap ,ade ape2 masalah ker kalau kamera berwap ?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      31/12/2011 at 2:36 PM

      ada baiknya kamera tu disimpan dalam bekas kedap udara + silica gel, takut2 terkena fungus..

      Reply
  63. atiq says

    15/12/2011 at 4:33 PM

    salam.ape functon Dust Delete Data?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      18/12/2011 at 11:33 AM

      cuba bukak manual, dalam tu mesti ada.. πŸ˜‰

      Reply
  64. titan says

    13/12/2011 at 7:37 PM

    emm..memang kena jaga kamera elok-elok. kang rosak..naya aje dibuatnya.

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/12/2011 at 11:20 AM

      ye, mahal pulak tu.

      Reply
  65. zymie says

    13/12/2011 at 5:07 AM

    Salam bro,

    Macam mana nak hilangkan kesan cap jari pada lens.. pakai kain yang lap cermin mata boleh ker?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      14/12/2011 at 11:18 AM

      boleh je, takde masalah πŸ™‚

      Reply
  66. nunat says

    24/10/2011 at 8:32 AM

    ape kesan pd camera kalau terjatuh dari atas meja ke lantai??
    short term n long term..
    sbb lepas jatuh test on n off oke..
    then try ambil gmbr oke.
    then lens xde crack..
    using canon slr..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      24/10/2011 at 3:31 PM

      kalau lepas jatuh tu msih boleh guna tanpa sebarang masalah, oklah tu…

      Reply
  67. azimuddinj says

    06/09/2011 at 4:44 PM

    Saya ada upload 3 gambar yg saya shot menggunakan converter sbg macro n i gambar family saya yg dishot sbg wide ke FB saudara..

    Reply
  68. azimuddinj says

    05/09/2011 at 6:14 PM

    As..kum..

    as..kum..saya ada membeli wide and macro lens converter.apabila saya gunakan sbg wide gambar jadi blur dibahagian tepi sekeliling gambar dan apabila saya gunakan sbg macro saya gagal mendapat imej yg sharp..adakah ini kelemahan yg akan berlaku apabila menggunakan converter atau kelemahan saya sendiri?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      05/09/2011 at 7:07 PM

      boleh upload gambar tak kat fanpage, sng sikit nak analisis.

      Reply
  69. yusaizi says

    15/06/2011 at 8:53 AM

    ok..TQ so much… πŸ™‚

    Reply
  70. yusaizi says

    14/06/2011 at 10:17 AM

    shutter count limit…..Apakah ada cara untuk memperbaikinya, dan berapa banyak harga anggaran untuk perkhidmatan ini?….sory trlalu byak tnya..hehe

    Reply
    • TarmiziShukri says

      15/06/2011 at 4:24 AM

      shutter tu boleh tukar kat kedai. kos dalam 300-400, bergantung pada kamera.

      Reply
  71. yusaizi says

    14/06/2011 at 9:25 AM

    mcm mane nk check…sy guna nikon D90..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      15/06/2011 at 4:26 AM

      boleh cuba software Opanda IExif –> http://bit.ly/k41DOP

      Reply
  72. yusaizi says

    13/06/2011 at 3:50 PM

    btul ke cmera DSLR pnya limit tok tngkap gmbr….100k???..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      13/06/2011 at 4:34 PM

      yup.. ada yang 100k, ada yang 200k.. lepas tu kena tukar shutter..

      Reply
  73. ieza says

    28/05/2011 at 12:48 PM

    Tuan Blog, Camana nak bersihkan lense, cam ada kesan jari dan habuk sikit la..

    Reply
  74. zam says

    17/05/2011 at 12:40 PM

    camna penggunaan jika dipuncak gunung…..cuaca sejuk mgkn berkabus…..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      17/05/2011 at 12:48 PM

      dslr biasanya boleh bertahan sehingga -40 darjah celcius.. kalau setakat gunung kat Malaysia ni xda masalah kot, lainlah kalau di Everest πŸ™‚

      Reply
  75. akmalrayyan says

    06/04/2011 at 11:40 AM

    nice tips bro . tapi kan . camne boleh dapat fungus eh ? camne nak cegahh fungus comel nih . πŸ˜€

    Reply
    • TarmiziShukri says

      06/04/2011 at 5:53 PM

      klu simpan lens kat tempat lembap, lens boleh kena fungus, nak elak fungus, simpan kamera/lens dalam drybox, kalau takda drybox, simpan dalam container kedap udara, pastu letak silica gel.

      Reply
  76. art says

    23/03/2011 at 12:19 PM

    contoh container kedap udara tu mcam mane eh?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      23/03/2011 at 7:42 PM

      biasanya container untuk simpan biskut.. banyak jual kat supermarket πŸ™‚

      Reply
  77. ustaz jaafar says

    09/03/2011 at 9:23 AM

    mizi..tumpg tnya..kalo takde dry box..leh guna container..container tu spesis apa mizi?mcm tupperware?? πŸ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      09/03/2011 at 11:34 AM

      boleh pakai apa2 je container yg kedap udara, pastu letak silica gel.

      Reply
  78. Haz says

    08/02/2011 at 4:50 PM

    Salam,bro.
    nak tnya.
    klu bersihkan filter pki kain biasa blh x?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      08/02/2011 at 4:59 PM

      boleh tapi tak digalakkan, tapi kalau filter takpa kot, lens jangan sekali-kali.. πŸ™‚

      Reply
  79. leha says

    27/01/2011 at 1:25 PM

    tu lah..tp bajet xda la nk beli drybox..ingt wat style sndr jer yg paki thirsty hippo tu..hehe πŸ˜‰

    Reply
    • TarmiziShukri says

      27/01/2011 at 11:29 PM

      Buat sementara boleh kot, tapi utk jangka panjang tak sesuai. Lgpun kos nak servis yang kena fungus tu lebih kurang sama dengan beli drybox πŸ™‚

      Reply
  80. leha says

    26/01/2011 at 5:05 PM

    body tu ada tukar ape sy tak ingt dh kat sensor nye selain ada fungus…lens pun ada fungus and kena tukar optical,tp sy tak proceed lens tu,sy suruh org tu proceed dgn body saja

    Reply
    • TarmiziShukri says

      27/01/2011 at 12:11 AM

      huh, takut jugak bila dgr sensor kena fungus ni, kena beli drybox la lepas ni..

      Reply
  81. leha says

    25/01/2011 at 1:47 PM

    bro..mmg beratus ke hntr ke canon? sbb bukan fungus jer..

    Reply
    • TarmiziShukri says

      26/01/2011 at 1:19 PM

      ada sebab lain ke selain fungus?

      Reply
  82. leha says

    24/01/2011 at 3:35 PM

    yup..sy la yg hntr..sudah sy hntr ke canon servis center untuk servis..btw tq bro share info..=)

    Reply
    • TarmiziShukri says

      24/01/2011 at 6:36 PM

      oh, dh hantar.. baguslah.. sama2 πŸ™‚

      Reply
  83. leha says

    23/01/2011 at 3:58 PM

    salam bro..i got problem…kalau da macam garis2 pada sensor tu fungus ke?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      23/01/2011 at 6:25 PM

      oh, ni yang send gambar kat email kan? memang sah tu fungus, kena hantar servis cepat2, takut melarat.

      Reply
  84. leha says

    20/01/2011 at 8:50 PM

    ok nnti sy sendkan

    Reply
  85. leha says

    19/01/2011 at 5:02 PM

    salam..bro,sy ada mslh skit dgn kamera sy..canon 350d
    gmbr bila tgkp ok,tp bila transfer ke laptop,gmbr yg cerah2 tu nmpk mcm ada scratches kat sebelh kiri..mcm mane yer?

    Reply
    • TarmiziShukri says

      19/01/2011 at 5:58 PM

      Boleh tak send gambar tu ke [email protected]? Mungkin debu pada sensor.

      Reply
  86. hamba Allah says

    17/12/2010 at 2:50 PM

    Nak tanya macam mana kita nak detect ada fungus dalam lens? =(

    Reply
    • TarmiziShukri says

      22/12/2010 at 1:56 PM

      fungus tu boleh dilihat dengan mata kasar… macam benang2 halus melekat pada lens..

      Reply
  87. TarmiziShukri says

    09/12/2010 at 11:53 PM

    Biasanya “Operating Enviroment” Dslr 0-40 darjah celcius. Maksudnya dalam suhu 0 hingga 40 darjah celcius DSLR boleh berfungsi lagi. Rasanya suhu tak jadi masalah, cuma takut terjadi proses kondensasi (wap air terbentuk) dalam kamera bila kamera terdedah pada suhu sejuk ke panas secara mendadak. Tapi kalau nak bawak jugak DSLR ke tempat macam tu, simpan DSLR dalam beg, jangan dedahkan sangat dengan cuaca, kalau nak guna baru keluarkan, pastu simpan balik dalam beg. Lagi satu kapasiti bateri akan berkurangan (cepat lowbat) kalau bateri tu sejuk. Tu je, sory ayat skema sikit πŸ™‚

    Reply
  88. Alice says

    09/12/2010 at 11:38 PM

    Terima kasih atas tips. Saya nak tanya, sesuai tak bawa kamera dslr ketika mendaki gunung, contohnya gunung kinabalu. Suhu kat sana boleh mencecah 0 degree celsius. Adakah suhu sejuk tu boleh merosakkan kamera?

    Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
Β© 2009 - 2014 Β· Hakcipta Terpelihara Β· TarmiziShukri's Blog Β·